PANAS : NIK AZIZ MENGELABAH BILA NAMA TOK'PA DISEBUT-SEBUT...



Setelah 2 dekad Kelantan berada di bawah pemerintahan PAS, akhirnya gambaran perubahan semakin jelas. Gelombang merah mula melanda di segenap pelusuk kampung di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Selama pemerintahan PAS, Kelantan kekal sebagai negeri termundur malah terkotor di Malaysia. Sedikit sebanyak pembangunan yang ada, termasuk masjid-masjid adalah usaha dan khidmat jasa Barisan Nasional semata-mata. Manakala PAS hampir langsung tidak berjasa. Nasib baik sekolah-sekolah berada di bawah kerajaan persekutuan, jika tidak, tidak mustahil rakyat Kelantan tidak ke sekolah langsung akibat pemerintahan dungu yang hanya tahu berfikir mengenai nikah kahwin dan aurat wanita sahaja.
Dato Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan juga semakin popular menenggelamkan nama Nik Aziz, Menteri Besar negeri tersebut. Nampaknya, segala jasa yang dicurahkan Tok Pa kepada Kelantan dengan seikhlas hati, akhirnya disedari juga oleh rakyat Kelantan. Selama ini, mereka hanya menerima khidmat Tok Pa tanpa berterima kasih dan terus-terusan berprasangka buruk terhadap BN. Tapi hari ini, semua itu sudah bertukar, rakyat Kelantan semakin sedar apalah saja jasa Nik Aziz berbanding Tok Pa..
Melalui sumber yang didapati dari Kelantan, adalah dijangka ramai yang akan menyambut kedatangan Najib pada Sabtu ini ke negeri tersebut sebagai tanda sokongan terhadap BN. Selain itu, ramai yang semakin bimbang dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang kelihatan jelas terpesong jauh dan beragenda jahat.
Kita bersyukur kerana berkat keikhlasan BN rakyat Kelantan semakin celik dan mampu melihat kesesatan yang di! bawa ole h PAS dan Pakatan Rakyat.
Khabarnya trend terbaru menyokong BN ini menjadi semakin kuat susulan dari terlantiknya kumpulan anwarista menjadi pemimpin PAS . Lebih meremukkan hati mereka ialah apabila PAS menggugurkan terus perjuangan Negara Islam. Dan kemuncaknya ialah keterlanjuran PAS untuk terus berdegil bersekongkol dengan komunis melalui Bersih.
Sudah lama penyokong PAS di Kelantan makan hati melihat pemimpin PAS merelakan diri diperkudakan oleh DAP. Sudah lama mereka merasa sangsi dan cuak melihat PAS berdiam diri terhadap nasib Melayu di Pulau Pinang serta mengalah dalam isu-isu judi dan arak apabila saja disergah oleh DAP.
Kebanyakan mereka telah pun menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap PAS dengan memastikan undi kepada parti itu di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil akhir-akhir ini terus merosot. Namun, PAS gagal memahami jauh sekali menangani masalah kemerosotan sokongan ini malah mengambil langkah salah dengan menambahkan lagi ketidakpuasan hati penyokong-penyokong mereka dengan terus berdegil, megah menjadi barua DAP.
Kini Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula menonjolkan dirinya sebagai juara segala barua dengan meletakkan dirinya sama seiring dengan Ambiga si pejuang murtad. Maka bertepuk dahi dan mengucap panjanglah penyokong-penyokong PAS yang masih punya kemampuan untuk menggunakan akal. Manakala penyokong yang akalnya telah menjadi pekasam akibat terlalu banyak mendengar kuliah Tok Guru, tetap tegar ingin menjadi juara pemusnah negara sendiri pada 9 Julai ini.
Namun begitu, melihat dari senario di Kelantan, mungkin tidak salah jika kita mengangkat tangan mengucapkan Alhamdulillah, kerana akhirnya berkat kesungguhan BN memberi penerangan bagi membawa kembali rakyat Kelantan ke pangkal jalan, akhirnya kelihatanlah cahaya di penghujung terowong sepanjang 2 dekad ini. Sudah ramai rakyat Kelantan yang sedar dan mampu menggerakkan akal mereka untuk menilai mana yang bena! r, mana yang salah walaupun agak lambat, tetapi masih tidak terlambat.
InsyaAllah, dengan niat murni untuk menyelamatkan negara dari pengkhianat dan barua-barua mereka, BN akan mampu menawan kembali Kelantan dan menambahkan sokongan di semua negeri dalam Pilihanraya kali ini. Apa yang penting ialah niat yang suci dan tindakan yang betul. Jika kedua-dua ini boleh dipastikan, maka jangan sekali-kali kita sangsi bahawa Allah tetap bersama orang-orang yang benar. - MI

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen