6 langkah pasti projek NKRA siap

6 langkah pasti projek NKRA siap

KUALA LUMPUR 28 Jun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan enam langkah berterusan bagi memastikan pelaksanaan projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negera (NKRA) dapat disiapkan mengikut jadual.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, enam langkah tersebut sehingga kini mampu mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek-projek di bawah NKRA di semua negeri termasuk Sarawak.

Langkah pertama ialah memastikan semua proses kerja untuk projek NKRA seperti perolehan, perlantikan pihak konsultan dan kontraktor dipatuhi dalam tempoh masa ditetapkan. Kedua, kementerian menyelaras dan memantau projek di bawah NKRA dan melaporkannya kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Selain itu, kementerian juga turut menyelaras pelaksanaan NKRA infrastruktur asas luar bandar dibuat melalui mesyuarat secara berkala, selain menggerakkan agensi di bawah kementerian ini seperti RISDA, FELCRA dan GiatMARA membantu mempercepatkan projek NKRA, katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kenawit) mengenai langkah kerajaan bagi mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek diluluskan di bawah NKRA seperti, jalan luar bandar, jambatan, bekalan elektrik dan air.

Mohd. Shafie berkata, pendekatan Strategi Lautan Biru digunakan dengan mewujudkan kerjasama padu antara penduduk kampung, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan dalam pembinaan Program Bantuan Rumah (PBR) dan bekalan air bersih.

Di peringkat negeri pula, katanya, pejabat-pejabat cawangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memantau pelaksanaan dan mengenal pasti masalah-masalah fizikal projek di tapak supaya ia dapat diatasi segera.

Beliau berkata, sehingga Mei lalu, sepanjang 366.85 kilometer jalan luar bandar sudah siap dibina dengan sasaran pembinaan sepanjang 905.12 kilometer tahun ini.

Bagi bekalan air bersih! pula ka tanya, sebanyak 4,606 buah rumah luar bandar sudah menikmati kemudahan itu dan kementerian mensasarkan 58,087 buah rumah akan diberi bekalan air bersih tahun ini.

Bagi bekalan elektrik pula, sehingga kini ia sudah melebihi sasaran awal iaitu 1,368 buah rumah. Pelaksanaanya sudah mencapai 2,346 buah rumah menerima bekalan tersebut dan yakin mampu menyalurkannya kepada 26,882 kediaman untuk tahun ini, katanya.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen