PANAS : KELUARGA RASHID MAIDIN KATA PSM KURANG AJAR DAN BIADAP


Waris Rashid Maidin kesal heret nama orang sudah meninggal


SUNGAI MANIK: Keluarga Rashid Maidin menyifatkan tindakan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) 'mengheret' nama bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dalam aktiviti mereka sebagai perbuatan biadap.




Justeru, adik Allahyarham, Datuk Mohammed Yusof@Mohamed, 85, tampil membuat laporan berhubung tindakan pihak terbabit di Balai Polis Labu Kubong, dekat sini, pada jam 11.55 pagi semalam.


Mohammed Yusof yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal sejak 1974 berkata, seluruh keluarganya terperanjat dan kesal apabila mengetahui tindakan ahli PSM itu yang disiarkan media selepas polis menahan mereka di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Tidak wajar pihak PSM menggunakan nama abang Rashid dalam aktiviti mereka dan perbuatan itu sesuatu yang biadap kerana tidak menghormati maruah keluarga kami.

Ketika hayatnya, Rashid bersama pemimpin PKM lain terbabit dalam perisytiharan perdamaian dengan kerajaan Malaysia, justeru tiada sebab mengapa masih ada pihak tertentu mengheret nama abang kami yang sudah meninggal dunia dalam kegiatan yang mengancam keselamatan negara, katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Desa Chenderong Balai, dekat sini, semalam.

Nama Rashid Maidin atau nama penuhnya Abdul Rashid Maidin dicetak pada baju kemeja-T berwarna merah iaitu antara barangan yang dirampas polis dalam sekatan jalan raya ketika penahanan sekumpulan aktivis PSM ! di Plaza Tol Sungai Dua di Kuala Batas, pada hari berkenaan.


Barang lain dirampas termasuk baju-T dan bahan yang tertulis nama atau mempunyai imej bekas pemimpin lain PKM seperti Chin Peng, Abdullah CD dan Suriani Abdullah selain tokoh komunis Argentina, Ernesto 'Che' Guevara atau El Che. Bahan berkenaan disifatkan berunsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mohammed Yusof berkata, beliau mewakili keluarga membuat laporan dan meminta polis serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan.

Laporan ini juga supaya tiada lagi mana-mana pihak menggunakan nama abang kami bagi tujuan politik atau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara pada masa depan, katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan nama sebenar bapa mereka adalah Madin dan bukannya Maidin seperti yang ditulis selama ini.

Mengenai kematian Rashid Maidin pula, beliau berkata abangnya yang lebih mesra dengan panggilan 'Abang Rashid' di kalangan ahli keluarga meninggal dunia kerana sakit tua pada 2005 dan dikebumikan di Sisakon, Narathiwat di selatan Thailand.

Saya bersama abang Rashid menunaikan fardu Haji di Makkah pada 2000 dan kali terakhir saya menemuinya ketika menziarahi arwah yang sedang sakit di Narathiwat pada 2004, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, mengesahkan menerima laporan polis dibuat Mohammed Yusof, selepas keluarga berkenaan tidak berpuas hati terhadap tindakan ahli PSM itu.- BH

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen