Guan Eng berang, ditanya video seks babitkan Anwar

Guan Eng berang, ditanya video seks babitkan Anwar

KUALA LUMPUR 29 Jun Sikap dwistandard Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini terserlah, apabila beliau berang dengan pertanyaan N. Golakrishnan (Bebas-Padang Serai) berhubung laporan pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengenai video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedangkan pada masa yang sama, Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan menerima pakai data daripada laporan Integriti Kewangan Global (GFI) yang berpangkalan di Washington, AS, untuk menuduh Bank Negara bersubahat dalam aktiviti aliran keluar wang haram dari Malaysia.

Saya ucapkan syabas kepada Bagan kerana boleh menerima laporan GFI dan AS untuk dibawa ke dalam dewan ini tetapi kebelakangan ini, laporan daripada pakar AS mengesahkan 99.99 peratus pelaku dalam video seks adalah Permatang Pauh (Anwar).

Itu pun laporan daripada AS juga, Bagan boleh terima ke laporan yang dibuat oleh pakar AS itu, soal Golakrishnan ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Berang dengan soalan luar jangkaan itu, Guan Eng enggan menjawab pertanyaan Gobalakrishnan, sebaliknya beliau menuduh bekas wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sengaja mahu melepas geram terharap bekas parti yang dianggotainya dahulu.

Kalau nak tumpang untuk lepas geram, bukanlah melalui saya. Saya bagi laluan kerana Padang Serai ini dulu kawan, tetapi jangan salah gunakan peluang ini. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan Padang Serai, kalau Yang Berhormat tidak puas hati tanya PKR sendiri, katanya.

Bagaimanapun, Gobalakrishnan tetap tidak mahu mengalah dan berterusan mendesak supaya Guan Eng menjawab persoalan yang dilontarkan apabila berterusan membangkitkan: Boleh terima ke Bagan, jawablah Bagan, boleh terima atau tidak,.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat aktiviti aliran keluar ! wang har am dari Malaysia, yang didakwanya berpunca akibat amalan rasuah secara berleluasa.

Dakwanya lagi, Bank Negara juga turut bersubahat dengan aktiviti haram tersebut sehingga menyebabkan Malaysia kerugian berbilion ringgit apabila menuduh institusi berkenaan gagal memberi penjelasan yang menyakinkan, selain data yang didedahkan berbeza dengan laporan GFI.

GFI lapor wujud RM888 bilion aliran wang haram dari Malaysia, berbeza dengan laporan Bank Negara. Bank Negara kata pada 2007 aliran wang haram RM17 bilion, 2008 ( RM33 bilion), 2009 turun sikit (RM18 bilion) dan 2010 jumlahnya (RM71 bilion).

Jumlah RM888 bilion ini kalau diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia, setiap seorang akan dapat RM33,000. Jadi saya mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segara bagi menyiasat perkara ini. Ini wang rakyat dan rakyat perlu tahu, dakwanya.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen