PANAS : HARAM SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH....


Bekas Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib berpendapat umat Islam haram menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini kerana ia merupakan satu tindakan yang 'kotor'.Menurut beliau, perhimpunan haram itu juga bertentangan dengan semangat bersatu-padu yang seharusnya menjadi keutamaan di kalangan umat Islam serta orang Melayu.

"Dalam solat pun kita lihat bagaimana kuatnya benteng umat Islam ketika berada dalam saf. Bayangkan sekiranya saf itu berpecah-belah, maka runtuhlah benteng kekuatan Islam serta orang Melayu," katanya kepadaUtusan Malaysiadi sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini yang dipimpin oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan akan disertai oleh majoritinya orang Melayu Islam.

Abdul Kadir berkata, umat Islam dan orang Melayu di negara ini perlu mengambil pengajaran daripada kejadian di Palestin apabila masyarakat pribuminya dinafikan hak mereka kerana tidak mampu berkuasa. Justeru katanya, orang Melayu seharusnya tidak berlembut dan mengikut telunjuk pihak tertentu sehingga berpecah sebaliknya mempertahankan hak mereka walaupun terpaksa berkorban.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia (AMMM), Asrul Muniff Azizan berkata, mahasiswa perlu berfikir mengenai kesan buruk dan akibat yang akan ditanggung sekiranya menyertai perhimpunan haram itu. Katanya, kerajaan juga perlu bertindak tegas terhadap Ambiga yang secara jelas mengajak rakyat mengganggu ketenteraman awam.

"Ini merupakan waktu yang sesuai untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan majoriti rakyat yang cintakan keamanan akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan," katanya.

Beka! s Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin pula menggesa orang ramai menghormati Tan Sri Harussani Zakaria walaupun mereka tidak bersetuju dengan pandangan Mufti Perak itu yang menyifatkan Datuk S. Ambiga cuba menjadi 'superhero'.Katanya, perbezaan pendapat jangan dijadikan sebab untuk mereka mencerca dan memaki. - Utusan

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen