PANAS : ANWAR SEMAKAN GHAIRAH MENGGUNAKAN RAKYAT SEBAGAI PEMUAS NAFSUNYA..





Perbincangan mengenai perhimpunan haram ini berlaku secara meluas, seperti juga publisiti diterima dan terkini ia seolah-olah kelihatan seperti polis melawan rakyat Malaysia...imej yang dilakarkan amat mengelirukan.
Penjelasan secara berhemah juga tidak lagi mendapat tempat. Semua pihak yang mahu mengadakan perhimpunan haram baik kumpulan pembangkang, mahu pun penyokong kerajaan tidak lagi menghiraukan amaran polis. Malah, lebih banyak kumpulan semakin berani mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

Banyak tuntutan penentang kerajaan tidak relevan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penganjuran perhimpunan haram ini semakin tidak relevan apabila SPR membuka pintu rundingan.

Kita juga hairan pembangkang seolah-olah mempertikaikan kuasa demokrasi rakyat yang memberikan mereka lima negeri serta memenangi lapan kerusi pilihan raya kecil.

Mengapa pembangkang cuba memenangi hati rakyat melalui demonstrasi jalanan, bukannya memastikan mereka terus memenangi negeri yang dikuasai hari ini dengan melaksanakan pembaharuan, perubahan dan pembangunan yang mereka janjikan kepada rakyat di negeri masing-masing.

Motif di sebalik perhimpunan haram anjuran penentang kerajaan ini ialah menunjukkan betapa terdesaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk sekali lagi mengaburi mata rakyat terhadap isu moral yang semakin menghimpit dirinya.

Motif Anwar kelihatan semakin mengaibkan hari ini. Dia kelihatan semakin terdesak untuk menjadi Perdana Menteri dan akan menggunakan apa saja cara bagi mencapai matlamat itu. Dia berharap ! 9 Julai akan membantunya menangani beberapa halangan yang dihadapi sekarang dan memberi sokongan yang diperlukan.

Pada fikirannya, gerakan penyokong dan mereka yang atas pagar secara besar-besaran pada 9 Julai ini akan mengalihkan pandangan rakyat daripada perbicaraan liwat dan skandal video seksnya.

Pada masa sama, beliau berharap demonstrasi ini akan mencipta satu momentum yang boleh menghakis sokongan kepada Barisan Nasional dan mengukuhkan kedudukannya sendiri. Sekiranya tindakan ini dapat menarik perhatian sekutunya dan direstui beberapa negara Barat, mereka mungkin memberi dia sokongan lagi kuat untuk membolehkan melakukan perubahan regim.

Selain agenda Anwar, perhimpunan haram ini nanti diharap akan turut membantu dua parti sekutu PKR, DAP dan PAS, yang menumpang pengaruh bagi mencipta nama dan laluan pintas untuk turut menawan Putrajaya.

Bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Walau apapun alasan dan sebab diberi bagi menghentikan perhimpunan haram ini akan menjadi batu loncatan paling penting untuk mencapai cita-cita mereka.

Walaupun Artikel 10 Perlembagaan Malaysia memberikan rakyat hak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata, namun ia mesti dilihat dalam konteks tidak mencetus isu keselamatan yang serius.

SPR telah membuka pintu rundingan untuk pemimpin perhimpunan haram terbabit dan tidak ada alasan untuk mereka menolak pelawaan itu sekiranya alasan untuk mengadakan perhimpunan benar-benar bertujuan memperbaiki sistem pilihan raya negara.

Sepatutnya, peguam seperti Ambiga Sreenavasan lebih berhati-hati melakukan tindakan yang boleh mencetus pelbagai kontroversi undang-undang. Adakah perhimpunan ini kerana mereka tidak puas hati dengan keputusan PRU 12 atau 16 pilihan raya kecil selepas itu.

Jika betul ada kelemahan dan mereka ada cadangan untuk memperbaiki, mengapa tidak seorang pun Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan cadangan di Parlimen... apa yang dia orang buat di dewan itu.BH

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen