PANAS : KENAPA MELAYU MUDAH DIPERALATKAN...



Penulis adalah seorang yang suka membaca dan menonton filem-filem yang berkaitan dengan risikan, aksi, konspirasi atau muslihat-muslihat yang bijak dengan skrip, kesan bunyi dan set penggambaran yang hebat. Penulis amat cerewet dan suka mengkritik setiap kelemahan terutama skrip yang longgar di dalam novel mahupun filem-filem yang ditonton. Jika penulis dapat mengesan kelemahan, nafas terasa terganggu dan tersekat sehingga akhirnya penulis akan berhenti menonton atau membaca novel atau filem tersebut. Ini menimbulkan rasa rimas dan tidak senang penonton lain yang menonton bersama-sama penulis.
Penulis dibesarkan dengan novel-novel misteri dan risikan tulisan Enid Blyton. Sehingga kini penulis memilih untuk membaca novel-novel dari genre yang sama dari kategori dewasa pula. Sedikit sebanyak ini membentuk pemikiran yang penuh dengan imaginasi serta kritis di mana penulis merasa tidak ada satu pun perkara yang mustahil di dunia ini. Mungkin kerana itu, rakan-rakan dan keluarga yang benar-benar rapat dan mengenali penulis berkata bahawa penulis mempunyai imaginasi yang pelik dan kadangkala gila.
Apa yang penulis ingin katakan di sini ialah buku dan filem mampu membentuk pemikiran seseorang. Bagi orang-orang yang jarang membaca dan memilih pula untuk menonton cerita-cerita drama biasa, tidak boleh tidak, imaginasinya akan menjadi terhad.
Lebih buruk bagi minda yang langsung tidak membaca atau menonton apa-apa kerana ia tidak akan dapat dijana untuk berfikir jauh sekali berimaginasi. Jika ada pun imaginasi, ia hanyalah imaginasi berkaitan naluri semulajadi manusia iaitu berkenaan kekayaan, populariti, seks, dan makanan. Inilah yang ! terjadi kepada kebanyakan orang-orang kita yang menyebabkan kita berada di belakang dalam hampir segalanya di dunia ini termasuk agama.
Atas sebab yang sama jugalah ramai orang-orang kita tidak mampu memahami percaturan politik dunia yang luas lagi sukar yang melibatkan kuasa besar dengan rangkaian-rangkaian bawah tanah melalui CIA dan sebagainya. Sedar atau tidak, masih terlalu ramai orang kita yang menyangka semua ini hanyalah khayalan atau fiksyen yang sengaja direka-reka untuk menakutkan rakyat.
Bagi mereka hal-hal seperti perisik, agen, alat atau perkakas kuasa besar serta usaha Zionis untuk menakluki dunia melalui pemimpin tempatan sanjungan mereka adalah sesuatu mustahil.
Dalam minda mereka, perisik, CIA, agen dan konspirasi kuasa besar hanyalah senario atau watak di televisyen. Mereka tidak mampu mencerna hakikat kewujudan kaitan watak-watak itu dengan pemimpin tempatan sanjungan mereka.
Inilah yang menyebabkan orang kita ketinggalan dan sering menjadi permainan orang luar. Orang-orang kita seringkali gagal menyedari yang dirinya sedang diperalatkan dan diperbodohkan kerana mindanya tidak mampu memahami agenda yang sukar akibat dari daya fikir, imaginasi dan pengetahuan yang teramat terhad.
Ibu penulis pernah menyampaikan kata-kata seorang Ulama (ulama sebenar bukan ulama PAS), bahawa Islam itu adalah untuk orang-orang yang bijak.
Kini penulis faham apa maksudnya iaitu orang-orang yang kurang bijak tidak mungkin mampu memahami Al-Quran dan menemui ilmu sains dan metafizika di dalamnya. Al-Quran itu luas, dalam lagi tinggi dan kuasanya adalah infiniti. Penulis pernah membaca kupasan seorang Professor barat yang telah memeluk Islam, mengenai Israk Mikraj dari segi matematik dan fizik serta hubungan atom-atom, frekuensi dengan kejadian alam dan manusia di dunia semuanya berdasarkan ayat-ayat di dalam Al-Quran. Juga tentang bagaimana hubungan cahaya dari litar elektrik dib! andingka n dengan cahaya Nur dari zikir. Dan bagaimana kiraan kuasa Allah itu membawa kepada infiniti iaitu tidak terhingga, tiada penghujung, tiada hadnya.
Semua kupasan sains ini tidak mungkin difahami oleh Ulama yang kurang bijak dan kerana itu mereka mengupas Al-Quran dengan cetek iaitu dari segi bahasa di permukaannya. Isinya pula kosong kerana mereka tidak memahami apa-apa.
Islam itu bukan sekadar pakaian dan ibadah tetapi yang paling penting di dalam Islam ialah ilmu, selaras dengan kurniaan tertinggi kepada makhluk Allah iaitu akal. Akal yang membawa kepada penciptaan alat-alat canggih untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia, termasuklah untuk mencari keadilan yang sebenarnya. Jika keadilan hanya boleh ditentukan dengan mata kepala tanpa menggunakan akal, sepertimana hujah Haji Hadi mengenai video Anwar, maka apa gunanya manusia dikurniakan akal?
Apakah ayat empat saksi dengan mata kepala mengatasi ayat mengenai ketinggian akal dan kepentingan ilmu?
Umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia kini berada dalam keadaan genting akibat dari keengganan menggunakan akal. Bersih adalah salah satu usaha musuh-musuh Islam yang bekerjasama dengan iblis dengan tujuan untuk melemahkan lagi umat Islam di satu-satunya negara Islam yang aman dan maju ini. Amatlah menyedihkan melihat saudara-saudara kita bangga menjadi alat untuk memusnahkan negara dan saudara sendiri.
Penulis telah mengupas kenapa Umat Melayu terlalu mudah diperbodohkan tetapi penulis sedih kerana walaupun tahu puncanya, penulis tidak punya kuasa untuk memperbetulkannya. Golongan yang benar-benar mempunyai kuasa dan pengaruh untuk memperbetulkan kembali pemikiran Umat Melayu ialah para Ulama. Malangnya Ulama kita adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak menggunakan akal juga. Lalu, di mana penyelesaiannya? - MI

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen