Ambiga lebih minat gunakan pendekatan tidak bertamadun

Ambiga lebih minat gunakan pendekatan tidak bertamadun

CHEREDZA
Jelebu, N. Sembilan

PIHAK yang mendakwa perjalanan pilihan raya di Malaysia tidak adil wajar merenung kembali dakwaan mereka yang tidak benar itu. Mereka yang inginkan pilihan raya adil, wajar sekali menerima pelawaan berbincang dengan penuh tamadun dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Sebagai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga tidak patut menggunakan cara yang tidak bertamadun untuk berbincang. Menubuhkan Bersih untuk mengadakan rusuhan di jalan sebagai cara memberi tekanan kepada SPR adalah bertentangan dengan undang-undang negara.

Saya berpendapat, perhimpunan haram Bersih akan menjadikan jalan raya sebagai perangkap maut. Ini kerana musuh negara akan menyusup masuk secara rahsia supaya perhimpunan bertukar menjadi rusuhan. Jawatankuasa Bersih pun tidak mampu untuk menjaga keselamatan negara. Jadi, siapakah hendak menjaga keselamatan negara jika berlaku huru-hara?

Saya melihat pihak pembangkang tiada komitmen yang tinggi untuk menjaga keselamatan rakyat. Mereka tidak peduli apa akan jadi kepada rakyat. Sikap tidak peduli Bersih terhadap keselamatan rakyat amat mengecewakan.

Bersih patut mengutamakan keselamatan negara. Keselamatan negara amat penting berbanding pilihan raya. SPR tidak mampu mengadakan pilihan raya jika keselamatan negara terancam.

Negara kita banyak kali mengadakan pilihan raya. Pilihan raya negara telah melahirkan ramai wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada rakyat. Negara kita semakin maju kerana pilihan raya negara kita berjalan dengan baik. Wakil rakyat malas dan kurang intergriti biasanya akan kalah.

Kesimpulannya, perhimpunan Bersih bukanlah satu keperluan utama rakyat Malaysia. Keperluan utama rakyat ialah keselamatan dan keamanan supaya rakyat boleh meningkatkan taraf hidup. Perhimpunan Bersih tidak akan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

Justeru, perhimpunan haram Bersih yang dirancang pada 9 Julai ini bukanlah u! ntuk men ingkatkan taraf hidup rakyat. Maka kerajaan wajar menyekat perhimpunan haram tersebut dengan cara apa sekali pun demi untuk memelihara kepentingan rakyat.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen