105,941 kes gangguan mental dalam tiga tahun

105,941 kes gangguan mental dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR 29 Jun Sebanyak 105,941 kes gangguan mental dan tingkah laku telah dirujuk ke institusi mental dan hospital seluruh negara dalam tempoh tiga tahun sejak 2007 hingga 2010.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 65 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada golongan lelaki berbanding 35 peratus wanita.

Majoriti kes yang menerima rawatan adalah dari kumpulan umur 25 hingga 34 tahun iaitu sebanyak 30 peratus diikuti kumpulan umur 35 hingga 44 tahun sebanyak 21.8 peratus, katanya dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Tiong Lai, 70 peratus daripada keseluruhan kes melibatkan masalah schizophrenia diikuti gangguan perasaan termasuk kemurungan (12 peratus), gangguan mental akibat penyalahgunaan substans (tujuh peratus) dan masalah neurosi (lima peratus), katanya.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen