Yang Menang Beli Yang Kalah?

June 29, 2012   ·   3 Comments

8c-march29

DI MALAYSIA ada macam-macam benda pelik, itu kita faham.  Kita ada bekas pendakwaraya yang jadi peguambela orang yang dia dakwa, penyiasat yang kemudian buat akuan bersumpah mempertahankan orang yang dia siasat dan perkara-perkara seumpama itu.

Tapi dalam banyak-banyak itu, tidak ada yang lebih pelik selain cubaan BN membeli ahli Parlimen Pakatan haram, terutama dari PKR dan ahli-ahli Parlimen terlibat ini setiap satu darinya memang diketahui ada masalah tersendiri dalam parti tersebut.

Yang elok-elok ni tak pernah pulak dengar nak dibeli.  Kebetulan atau apa tak tahulah.

Dikatakan pelik sebab BN menang dan menang berpuluh kerusi lebih banyak dari Pakatan haram, hell what yang kita nak kena beli ahli Parlimen Pakatan haram?  Lainlah kalau BN di peringkat yang kalah, itu besar kemungkinan pasal 'pembelian' itu mampu meletakkan kita sebagai kerajaan.

Macam Anwar cuba beli ahli Parlimen BN untuk jayakan hasrat 16 September 2008 dan di Sabah tempoharilah.

Kalau macam itu kisahnya, memang logik dan masuk akal sebab Pakatan haram memang di pihak yang kalah dan mereka terdesak nak jadi kerajaan ikut cara belakang – beli ahli Parlimen BN!!.

Yang kita nak beli ahli Parlimen mereka buat apa pulak?

Ini semua yang kita katakan penipuan Anwar Ibrahim yang tidak masuk akal.  Apa jadi dengan pendedahan Khalid Samad konon 'ejen BN' nak bayar berjuta ringgit untuk beli ahli Parlimen Kelana Jaya tempoh hari?  Dah ke mana semua video dan tuduhan tersebut?  Sejauh mana dibuktikan bila yang dikatakan 'ejen' itu pun rupanya bukan ahli UMNO atau BN!!!

Inilah putar alam pembangkang yang penulis nak rakyat semua fahamkan.  Mereka sendiri reka, war-warkan rekaan itu dan mahu rakyat percaya dengannya.  Lepas tu dia tuduh BN yang spin.  Siapa yang spin sebenarnya?  Mereka sendirilah, kita takde kena mengena.

Yang sebetulnya, Anwarlah yang paling kuat nak membeli ahli Parlimen BN.  Malah portal pro Pakatan haram, Free Malaysian Insider memetik sumber dalaman PKR dalam mengulas isu beberapa bekas pemimpin BN dan Ahli Parlimen Sabah yang konon nak melompat pada 10 Jun lepas sebagai berkata "So many counter-offers being done since this afternoon. Even as we speak, there are offers being thrown around," the source said.

(Terlalu banyak tawar menawar yang dilakukan sejak tengahari tadi.  Malah semasa kita bercakap ini pun, tawar menawar masih berlaku).

Sama ada bikin gempak atau tidak, yang pentingnya disini Anwar terang-terang nak 'membeli' ahli Parlimen BN dan bekas pemimpin BN Sabah sebab disahkan sendiri oleh media pembangkang, berlakunya tawar menawar.

Sudah tentu tawar menawar itu tidak melibatkan sekilo durian atau sebungkus rambutan tapi wang yang nilainya juta-jutaan.  Apa yang balaci pembangkang berani komen tentang hal ini?  Takde komen, tapi bila ada ahli Parlimen Indera Mahkota buat dakwaan, terus saja nak percaya, walhal apa bukti dia ada, air liur?

Bila nak bijak?

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen