FUYOH! DR ZAMBRY TERIMA ANUGERAH AHLI KEHORMAT PERKIM DARI TUN M!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebentar tadi menerima Anugerah Ahli Kehormat Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) 2012 yang disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang juga merangkap Yang Dipertua persatuan itu.

Anugerah itu dikurniakan pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-51 yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana dan buat julung-julung kalinya negeri Perak dipilih menjadi tuan rumah.

Tahun lalu, mesyuarat agung persatuan itu berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Dr Zambry dalam ucapannya, berkata pemilihan bandar warisan, Taiping sebagai lokasi mesyuarat agung tahunan PERKIM pada tahun ini cukup bermakna buat kerajaan dan rakyat negeri Perak.

Katanya, kehadiran Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali cukup dinanti-nantikan para hadirin yang begitu mengagumi ketokohan serta jasa besarnya dalam membangunkan negara, bangsa dan agama.

"Jasa Tun Mahathir sentiasa dikenang apatah lagi generasi saya cukup mengenalinya dan sumbangan besar beliau dalam membangunkan negara tercinta ini tidak boleh dinafikan.

"Daya pemikiran dan hasil tulisannya sentiasa dibaca dan dibahaskan kerana beliau bukan hanya seorang pemimpin tetapi juga pemikir dan ilmuwan yang dihormati," katanya lagi.

Read more...

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen