Dedahkan saja Sel13.com, Faekah tak mahu undur

Dr. Wan Azizah tidak restu Faekah letak jawatan

SHAH ALAM 28 Jun - Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin tegang apabila desakan daripada pemimpin dalaman parti itu agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletakkan jawatan tidak direstui Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini apabila Wan Azizah dilihat memberikan sokongan yang kuat kepada Faekah agar terus menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik iaitu sikap sama ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertahankan pegawai kanan pentadbirannya itu.

Malah, Faekah menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan esok tidak melemahkan semangatnya dan rakan-rakannya di Pejabat Menteri Besar.

Beliau memberitahu, Abdul Khalid masih lagi memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas seperti biasa dan soal peletakan jawatan langsung tidak disebut ketika berjumpa Menteri Besar itu semalam, malah beliau diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab.

Seterusnya di Utusan Malaysia sini

Kalau dah tak mahu endah sel13.com, dedahkan sajalah M Zakrul Adam

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen