WEI RAFIZI HARAMI! KASI PULANG BALIK DUIT RAKYAT SELANGOR!

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memulangkan semula wang rakyat yang digunakan untuk membayar gajinya sepanjang bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri Selangor kerana lebih gemar berpolitik.

"Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik.

Sohaimi berkata, Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009.
"Beliau juga sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana kegagalannya itu," katanya.

Rafizi menyandang jawatan berkenaan sejak 2009.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Sahabat Gunong Mari

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen