Kebenaran, Keadilan Bukan Hak Milik Pembangkang Saja – Gabungan NGO

Oleh  Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

KUALA LUMPUR 29 Jun – Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Ramli Jurit mempersoalkan tindakan Pas yang hanya berdiam diri berhubung isu RM 3 Billion yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti mana yang didedahkan oleh bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid.

 

Menurut beliau, Pas sepatutnya tidak menyebelahi dan membela Anwar dengan mengatakan bahawa ini semua adalah konspirasi politik UMNO, sedangkan isu ini timbul berpunca daripada pendedahan bekas Gabenor Bank Negara tersebut.

"Pas sebagai sebuah parti yang berlabelkan Islam, sepatutnya mendokong keadilan dan kebenaran. Janganlah Pas menganggap kebenaran dan keadilan itu hanya di pihak Pakatan Pembangkang saja, tetapi apabila tiba di pihak kerajaan, semuanya itu fitnah dan konspirasi.

"Bagi kami, Pas tidak boleh bersikap berat sebelah. Sekiranya isu RM 3 Billion ini melibatkan pemimpin UMNO, sudah tentu suara merekalah yang paling lantang sekali. Sebagai contoh isu Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Akibat desakan Pas, Shahrizat yang ketika itu belum pun didapati bersalah, akhirnya meletakkan jawatan.   Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, Pas bukan saja tidak mampu untuk bersuara, malah menjadi alat untuk menutupi dan membela Datuk Seri Anwar, seolah-olah Anwar itu tidak ada salah dan silap langsung," tegasnya kepada MediaUMNO di sini hari ini.

Sekiranya Pas berterusan bersikap begini, rakyat akan muak dan jelak apabila melihatkan pertimbangan berat sebelah kepimpinan Pas dalam pelbagai isu seperti yang diperlihatkan oleh parti tersebut selama ini.

"Saya yakin, Pas akan dihukum oleh rakyat pada PRU13 ini kerana terlalu bersikap asyobiyah dan berat sebelah, terlalu mudah termakan hasutan serta bersikap syak wasangka biarpun tanpa sebarang bukti. Biarpun di pihak Anwar, terlalu banyak bukti yang sudah muncul, namun Pas tetap secara membuta tuli terus menyokong dan mempertahankan Anwar semata-mata demi kepentingan politik mereka," jelasnya lagi.

Selain itu, beliau juga meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bertanggungjawab di atas setiap isu-isu yang timbul membabitkan diri beliau.

"Anwar selama ini terlalu banyak berbicara tentang masalah rasuah, kroni dan konspirasi yang dikaitkan beliau dengan UMNO. Beliau juga seringkali memperkatakan tentang intergriti dan maruah.

"Hari ini, dengan isu rasuah, kronisme dan juga skandal seks yang melibatkan dirinya, beliau sepatutnya mengotakan kata-katanya berdasarkan prinsip dan maruah, dengan tindakan seperti meletakkan jawatan misalnya, untuk menjaga intergriti dan maruah parti PKR serta Pakatan Pembangkang. Tetapi saya yakin, Anwar tidak akan melakukannya kerana isu moral, maruah dan intergriti permainan lidahnya dan bukannya menjadi amalan dalam politik beliau," akhiri Ramli. -MediaUMNO

 

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen