Pertandingan Pidato Politik Medan Asah Pemimpin Muda - Khairy

Oleh TG Azman TG Abas

KUALA LUMPUR, 29 Nov - Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) boleh dijadikan medan mencari bakat pemimpin muda, kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kejayaan penganjuran program, yang julung kali diadakan, dengan penyertaan ramai peserta muda pelbagai kaum mendorong program itu untuk dijadikan acara tahunan BN.

"Ini merupakan satu program mencari bakat, yang saya rasa penting dalam BN dan cara yang paling berkesan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan akhir program itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berpendapat ciri utama seorang pemimpin adalah menjadi penghujah paling berkesan.

Beliau berkata penglibatan ramai generasi muda dalam program itu menunjukkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada Khamis lalu bagi membolehkan mahasiswa menyertai parti politik adalah tepat.  

"Kita telah buktikan melalui pertandingan ini bahawa mereka sedia untuk bersama kita dan tidak ada sebab untuk kita sekat kemahuan mereka," katanya.

Pertandingan akhir pidato politik hari ini menyaksikan 12 peserta berpidato  setelah melalui peringkat zon di seluruh negara sejak 13 Nov lalu.

Mohd Syamsul Salleh, 25, membawa pulang RM5,000 beserta piala iringan manakala naib johan menjadi milik Mohd Noorfirdaus Che Aman, 22, yang menerima RM3,000 dan piala iringan serta tempat ketiga Azmi Ismail, 39, yang mendapat RM1,000 beserta piala iringan.         

Sementara itu, Pengerusi Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri, Lokman Nor Adam berkata sambutan hangat daripada para pemidato yang ingin mengasah bakat dalam bidang berkenaan amat membanggakan.

Menurut beliau kesungguhan serta komitmen mereka yang menyertai pertandingan itu cukup tinggi bukan sahaja di peringkat akhir malah diperingkat saringan lagi.

"Bayangkan ada peserta yang tersingkir di zon tengah sanggup menaiki bas ke zon timur untuk mencuba nasib sekali lagi pada peringkat saringan baru-baru ini. Malah ada juga peserta daripada semenanjung sanggup pergi ke sabah semata-mata dengan harapan agar terpilih setelah tersingkir di zon selatan.

"Jadi pada saya kesungguhan para peserta amat tinggi dan ini menunjukkan UMNO dan BN dekat dengan merekadan saya cukup terharu dan insyaallah akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mengasah bakat baru pemimpin muda," katanya.  

Read More @ Source

Undi POS..Tuduhan Pakatan Tidak Benar - SPR

Tuntutan BERSIH 2.0 Apa Kata SPR? Dato' Wira Wan Ahmad Bin Wan Omar,Timbalan Pengerusi Suruhanjaya (SPR) Menjawab Isu Tuntutan BERSIH 2.0 DI Seri Pacific Hotel,Kuala Lumpur www.klpos.com

Video Rating: 0 / 5

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...