Nik Aziz is a terrorist?

Mulut Nik Aziz 24 Jam Berbau Politik

Oleh S.A Najmuddin

Ulama + Politics + Terrorist?

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - “Apa yang keluar dari mulut Nik Aziz, 24 jam berbau politik, sebab itu kita tidak terkejut bila dia mempertahankan pemimpin DAP sampaikan ‘tazkirah’ di ruang solat surau di Kajang”, demikian menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang.

Tegas beliau hakikatnya selama ini Nik Aziz tidak memberi pandangan dari sudut agama tetapi dari sudut politik yang menguntungkan pihaknya.

"Kita tidak terkejut dengan pandangan Nik Aziz ni sebab dia orang politik, apa yang dia cakap semua dari sudut politik. Dalam politik Pas fikir mereka beruntung berkawan dengan DAP.

"Oleh kerana itu Nik Aziz akan pertahankan apa jua tindakan pemimpin DAP kerana Pas takut DAP marah", katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan tindakan ahli Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Suffian yang juga Pengerusi Biro Perhubungan NGO Pemuda UMNO seterusnya berkata Islam menuntut umatnya bercakap benar walaupun ia kadangkalanya pahit.

"Yang benar tetap benar yang salah tetap salah…itu yang dikehendaki dalam Islam. Namun dalam Pas, kepentingan politik adalah pertimbangan yang utama. Sebab itu dalam apa jua keadaan pendirian akan dilakukan bila ia memberi kepada keuntungan agenda politik parti itu", ujarnya.

Sementara itu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan sikap pentadbir masjid dan sursu yang terus melanggar arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menjadikan rumah ibadat sebagai gelanggang politik.

Setiausaha MAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi mengakui memang semasa zaman Rasulullah SAW dahulu, ada orang Yahudi dibenarkan masuk ke masjid tetapi niatnya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai agama Islam, bukan dengan agenda politik seperti yang berlaku sekarang.

Bagi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula menegaskan orang bukan Islam boleh memasuki surau atau masjid asalkan mengikut syarat yang ditetapkan.

"Sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam boleh melawat atau memasuki ruang solat di dalam masjid dan surau sekiranya lengkap menutup aurat.

"Mereka juga perlu menjaga adab selain tidak didatangi haid bagi wanita manakala bagi lelaki pula dalam keadaan junub", katanya.

Pada masa yang sama beliau turut berharap pihak tertentu tidak terlalu taksub dan menggunakan alasan politik untuk menghalalkan perkara yang jelas salah.
http://img188.imageshack.us/img188/3572/colages400hotgirlswallp.jpg

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen