Mesyuarat BN Sabah - Kenapa perlu kecoh kalau difahami?

Saya tidak berniat untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam mesyuarat BN yang diadakan secara tertutup baru-baru ini. Tetapi oleh kerana banyakspekulasi tentang apa yang berlaku di dalam mesyuarat BN tersebut,saya ingin memberi pandangan saya terhadap perjalananmesyuarat BN negeri Sabah yang diadakan pada hari selasa 24hb Ogos yang lalu.

Umum tahu bahawa mesyuarat BN pada hari itu diadakan atas kefahaman bahawa komponen parti BN di negeri Sabah mempunyai banyak isu yang ingin dibincangkan melalui platform mesyuarat BN negeri. Malah sebelum itu pun, ramai pemimpin-pemimpin komponen partitelah meluahkan pandangan mereka terhadap beberapa isu terkini di dalam media.

Mesyuarat bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi (YAB Ketua Menteri). Beliau tidak bercakap panjang, hanya dua tiga minit sahaja, kerana mahu masa mesyuarat digunakan untuk sesi perbincangan. Lebih-lebih lagi, mesyuarat perlu dihentikan pada waktu yang ditetapkan oleh keranamajlis berbuka puasa bersama Tuan Yang Terutama akanmenyusul selepas mesyuarat tersebut.

Ramai yang tidak mengetahui bahawamesyuarat BN sebenarnya tidakberupayauntuk menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan di dalam mesyuarat secara sekali gus. Ia tidak mampu berbuat demikian kerana tidak mempunyai kuasa eksekutif walaupun pengerusinya ialah seorang Ketua Menteri. Ini berlainan dengan mesyuarat lain yang mempunyai kuasa ekskutif yang boleh menyelesaikan isu-isu yang ditimbulkan itu. Contohnya, persidangan Dewan Undangan Negeri, persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, mesyuarat kabinet pusat dan negeri, mesyuarat pasca kabinet, mesyuarat tindakan daerah, mesyuarat jawatankuasa penggunaan tanah, mesyuarat kementerian, mesyuarat jabatandan lain-lain lagi.

Begitu juga, adalah kurang tepat jika orangberfikiran bahawa semua isuperludibincangkan di dalam mesyuarat BN.Kalau semua ahli mesyuarat membawa semua isu yang difikirkannya terutamanya yangberbentuk tempatan (localised) atau peribadi masing-masing, maka sudah tentumasa mesyuarat tida! k akanme ncukupi untuk membincangkan kesemuanya. Bayangkan kalau mesyuarat terpaksa membincangkan masalah setiap daerah di negeri Sabah! Ia terntunya memakan masa sekurang-kurangnya sehari suntuk!Sebab itu ahli-ahli mesyuarat digalakkan membawaisu-isu besar yang ada kaitan dengankepentingan negeri dan rakyat keseluruhannya dan bukannya isutempatan atau peribadi yang melulu.

Seperti juga pengerusi dalam mesyuarat-mesyuarat lain, Pengerusi mesyuarat BN boleh meminta ahli mesyuarat untuk tidak menghabiskan masa mesyuarat dengan isu-isu yang dirasakan kurang sesuai untukdibincang di dalam platform mesyuarat tersebut. Lebih-lebih lagi jika isu-isu itu telah pun dibahas dan dibincang dengan panjang lebarsebelum ini di dalam platform yang lain ataupun satu keputusan tidak akan dapat dicapai di dalam mesyuarat tersebut. Pengerusi juga bolehmeminta pandangan ahli-ahli mesyuarat yang lain samada mahu membincangkan isu yang ditimbulkan itu atau tidak.

Kalau ahli-ahli mesyuarat tidak menunjukkan persetujuanuntuk meneruskan perbincangan itu, maka Pengerusi boleh meminta isu itutidak dibincangkan selanjutnya. Sebenarnya itulah yang berlaku di dalam mesyuarat BN negeri baru-baru ini apabila YAB Pengerusi meminta pandangan ahli-ahli mesyuarat yang lain samada isu-isu yang dibawa oleh LDPperlu dibincangkan dalam konteks mesyuarat BN pada hari itu. Untuk rekod, tidak ada seorang pun Presiden atau Pengerusi Perhubungan parti-parti komponen yang memintaperbincangan isu-isuyang dibawa oleh LDP diteruskan.

Sebagai perbandingan, isu-isu yang melibatkan kepentingan orang ramai sepertiisu pendatang tanpa izin, isu tanah, isu penambahbaikan struktur BN negeri, isu pembangunan, isu pekerja asing, isu perkhidmatan awam, isu masalah judi mesin slot, isu kemiskinan dan isu pekerja India telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat BN tersebut.

Hakikatnya, keputusan-keputusan yang dibuatdi dalam sesebuah mesyuarat parti politik seperti mesyuarat BN ini, tentunya sedikit sebanyak akan me! ngambil kira pertimbangan politik dengan harapan keputusan yang diambil akan memberi pulangan politik yang terbaik kepada BN secara keseluruhannya. Kadang-kadang pertimbangan itutidak semestinyaberpaksikan peraturan dasar atau pemikiran logiksemata-mata tetapi lebih kepada bagaimana menyelesaikan isu-isu itu melalui pendekatan politik yang berlandaskan "common-sense" dan "sensibility". Cuma masalahnya ialah, sepertimana yang kita semua sedia maklum,bukansemua ahli mesyuaratboleh menerima penjelasan politik kerana ada yang mahu ianya diselesaikan mengikut selera masing-masing.Maka itulah, tidak menghairankan, jika pada akhir mesyuarat,ada di antara ahli mesyuarat yang tidakmengukir senyum kepuasan ketika meninggalkan bilik mesyuarat.

Terima kasih.

Salam,

DARD.
Letter & Opinion From Joe Public

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen