DEB dan keterunggulan orang Melayu

by

Apa yang sebenarnya, orang Melayu faham bila mereka bercakap mengenai DEB? Saya rasa faham mereka tidak lagi tertumpu sama ada orang Melayu menguasai 30% pegangan dalam syarikat yang di senarai, atau jenis jenis perniagaan tertentu ada 30% penyertaan Melayu. Saya rasa isiu nya lebih besar dari petanda petanda penyertaan dan penguasaan Melayu itu.
Yang utama lagi utama yang mereka faham ialah 'idea' yang di wakili oleh DEB. DEB bukan lagi di lihat hanya sebagai instrument kepada penguasaan dan penglibatan Melayu dalam ekonomi. DEB sudah merupakan lambang kepada kuasa orang Melayu. DEB sudah jadi lambang kepada keterunggulan bangsa Melayu itu sendiri. Betul, semua bangsa equal dalam Negara kita, tapi Melayu itu first among equals. Yang ini lama kelamaan kian terhakis.
Dan ia terhakis bukan lah sebab ianya terjadi dalam sehari dua. Ia mulai terhakis apabila pimpinan Melayu itu sendiri muncul dengan dasar yang bodoh dan dasar yang berkompromi secara berlebihan. Ia terjadi kerana pimpinan UMNO sendiri lemah dalam memantau pancaran kepada KETERUNGGULAN bangsa mereka sendiri.
Kita sudah bisu misalnya dalam penyertaan Melayu dalam syarikat swasta. Kita bisu dalam melihat pejajahan pemilikan bukan Melayu keatas tanah reseb Melayu misalnya. Kita bisu dan bersikap tidak ada apabila pemajuan sesuatu kawasan kurang penyertaan bangsa Melayu dan kita terlalu mudah percaya, bahawa unit unit Bumiputera dalam sesuatu kawasan yang di majukan, tidak ada 'takers'. Apa yang pelu di lakukan oleh cukong cukong ialah membiarkan tempoh bumiputera takers tamat, kemudian pergi ke jabatan kerajaan yang berwajib dan declare, tuan dan kawan( lebih kawan dari tuan) - tidak ada bumi buyers. Yang celaka nya, apa yang di lakukan oleh GLC Melayu- kalau orang Melayu secara sendirian belum mampu beli mengapa awak tidak beli dan pegang untuk orang Melayu.
Bila orang Melayu lihat kalimah Alllah sudah boleh di kompromi, bila orang Melayu lihat pelbagai konsesi di beri kepada bukan Melayu, bila orang Melayu melihat pimpinan politik Melayu sudah meminta sedekah ehsan dari bukan Melayu- kesemua nya ini menandakan KETERUNGGULAN bangsa Melayu sudah kian luntur. Ia terjadi demikian, pada sebahagian besar punca nya ialah kerana pimpinan Melayu sudah lemah.
DEB bukan lagi lambing kegagalan suatu model ekonomi- bahkan ianya sudah jadi lambnag kepada kehakisan Keterunggulan bangsa Melayu. Maka nya, penyuaraan organisasi seperti Perkasa misalnya ada desakan supaya Keterunggulan orang Melayu jangan di perjudikan. Kerajaan yang ada, mestilah sebuah keajaan yang menjaga kepentingan bangsa Melayu. Ertinya, yang di inginkan oleh orang Melayu sebenarnya ialah jaminan yang di istiharkan bahawa orang Melayu tidak di pinggirkan. Dan saya rasa selagi orang Melayu merupakan majority penduduk dan parti yang memerintah di kuasai oleh orang Melayu, ketuanan orag Melayu akan tetap mantap.
Maka tentu ada sebab mengapa Perkasa sangat lantang menyuarakan kepentingan orang Melayu. Saya rasa, keinginan Ibrahim Ali, ketua Perkasa mencari sautu wadah untuk kekal releven secara politik, sudah menjadi alasan yang terlalu lemah untuk di majukan sebagai penyebab mengapa perkasa menjadi popular.
Dan saya rasa, Perkasa, semakin hari menjadi indictment kepada 'resolve' pimpinan Najib sendiri. Perkasa sudah menajdi suatu wadah untuk sebahagian orang Melayu yang tidak yakin kepada kepimpinan Dato Najib memimpin bangsa Melayu bersuara dan bergerak. Berulang kali orang Melayu melihat terlalu banyak sangat kompromi yang di lakukan oleh Dato Najib. Seolah olah gambaran yang di baca oleh orang Melayu , ialah Najib memberi muka kepada bangsa bukan Melayu untuk mendapat pelbagai kelonggaran dan konsesi. Dan orang ramai melihat konsesi kepada bangsa lain di beri tanpa imbangan dalam bentuk konsesi kepada orang Melayu. Soal pemberian biasiswa contoh nya. Soal konsesi ekonomi misalnya.
Dan yang paling menjengkilkan orang Melayu ialah konsep 1 Maalysia yang di majukan oleh Najib. Apa benda nya ini? Bagaimana konsep ini mahu di realisasikan dalam iklim orang Melayu masih ketingalan dalam pebagai cabang kehidupan? Yang miskin lebih ramai orang melayu, yang susah lebih ramai orang Melayu, yang kurang berpelajaran lebih ramai bangsa Melayu. Yang orang Melayu ada , kurang dari bangsa lain- perumahan, perniagaan, premis perniagaan.
Apa yang orang Melayu mahu, bukan suatu konsep yang 'nebulous' tapi suatu program bagaimana mereka boleh memperolehi kemajuan material. Orang Melayu miskin, susah, belum berjaya dalam perniagaan, belum memiliki premis perniagaan dan belum mepunyai sumber penjanaan kekayaan- mereka tidak peduli sama ada Najib, Rosmah atau Rais Yatim mahu melalak sana sini, nyanyi sana sini mengenai satu Malaysia. Yang orang lihat ada 2 Malaysia- satu Malaysia untuk orang kaya dan pemimpin politik dengan kroni mereka dan satu lagi Malaysia untuk golongan yang kepingin. Yang ingin apa yang sudah di capai oleh golongan yang pertama tadi.

Lindsay Lohan Hot Photos





Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen