Pemuda Tidak Akan Bertindak Balas Secara Liar - Khairy

Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu tidak pernah mengarahkan mana-mana ahlinya bertindak balas terhadap demonstrasi membakar dan meludah Jalur Gemilang oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di Kedutaan Malaysia, di Jakarta baru-baru ini.

Malah beliau memberikan jaminan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat mana-mana ahli pergerakan itu atau Pemuda Barisan Nasional (BN) yang melakukan perbuatan sedemikian.

“Perkara itu sudah dijelaskan kepada ahli kita, bahawa kerajaan tidak mahu perkara itu diperbesarkan hingga menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Suara dan pandangan kita disampaikan kepada pihak berkenaan melalui satu memorandum yang diserahkan kepada Duta Indonesia di Malaysia baru-baru ini.

"Saya tidak pernah arahkan mana-mana pihak, saya minta supaya tidak ada tindak balas sepertimana yang berlaku di kedutaan Malaysia di Jakarta. Apa yangdibuat di sana adalah tindakan kumpulan minoriti," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kuih raya dan Jalur Gemilang kepada pengguna lebuhraya oleh Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di Kompleks Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) Lebuhraya Damansara-Puchong di sini, yang turut dihadiri Presiden PPP Datuk Dr M. Kayveas dan Naib Presiden Datuk Maglin Dennis D'Cruz, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas penahanan dua lelaki tempatan yang cuba membakar bendera Indonesia di hadapan pejabat kedutaan republik itu, awal pagi ini.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN turut memuji kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan tidak akan memberi sebarang ruang kepada apa sahaja kenyataan atau tindakan yang berbaur perkauman daripada terus mempengaruhi sensitiviti rakyat.

“Dalam keadaan di mana kerajaan cuba menekankan soal 1Malaysia dan perpaduan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri itu adalah tepat dan berani,” ujarnya.

Berhubung permohonan maaf Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakannya memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Khairy berkata perbuatan itu boleh dianggap sudah terlambat kerana berlaku selepas Sultan murka.

"Saya melihat dalam beliau memohon maaf kepada tuanku Sultan, ada juga usaha beliau untuk justifikasikan apa yang dibuat seolah-olah memberi alasan tentang apa yang berlaku, selain dilihat cuba untuk menyalahkan UMNO dan pihak lain," katanya.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, Teo dikatakan masuk ke ruang solat surau itu dengan hanya berpakaian baju kebaya tanpa menutup aurat, dan kejadian itu mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor, menyebabkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuat keputusan mengambil alih pengurusan surau dan Teo diberi surat amaran.

Maushmi very hot and wet

Bollywood actress : Maushmi very hot and wet | Hot Gallery of Maushmi very hot and wet . The biggest ever bollywood actress gallery containing photos of Katrina kaif, Deepika Padukone, Priyanka Chopra, Aishwarya Rai, Kareena Kapoor, Kajol and many more..Bollywood stars from Bollywood Movies posing for the best photo gallery: Maushmi very hot

Maushmi very hot and wet

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen