DAP, Jangan Kurang AJar

DAP Diminta Henti Agenda Melampau

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – DAP hari ini diminta segera menghentikan agenda politik melampaunya yang rakus menyentuh sensitiviti dan mencabar kesabaran orang-orang Melayu sehingga boleh menimbulkan suasana tegang di dalam negara.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Megat Firdouz Megat Junid memberi amaran kepada DAP jangan mempersoalkan hak keistimewaan Melayu kerana risikonya besar sehingga menghancurkan perpaduan kaum di negara.

Serentak dengan itu, beliau meminta Pas dan PKR berhenti membisu dan bersekongkol dengan agenda ekstrem DAP itu.

Menurutnya, agenda ekstrem DAP semakin berleluasa dan parti itu semakin rakus mencabar kesabaran orang Melayu, termasuk memperlekehkan Islam di Selangor akibat kelesuan dan kelemahan Menteri Besar Selangor sendiri.

"Tambahan pula MB (Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim) lembik, Pas dan PKR pun pak turut dan lembik, kelemahan ini digunakan sepenuhnya oleh DAP untuk ’berkuasa di Selangor’.

“MB, Pas dan PKR hanya dijadikan alat kepada DAP untuk memperkukuh agendanya dan memperlekehkan Islam, institusi Raja dan kedudukan Melayu di Selangor.

“Dap semakin rakus dan bermaharajalela. Apa yang mereka tunjukkan di Selangor sejak berkuasa selepas PRU-12 (Pilihan Raya Umum Ke-12), bermula dengan isu babi, pertikai laungan azan, jualan arak secara terbuka dan kini tazkirah di surau dan masjid, membuktikan wajah ekstrem sebenar mereka,” ujarnya mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching telah ‘bertazkirah’ di Surau Al Huda, Kajang baru-baru ini.

Firdouz yang juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, amat kesal dengan sikap Pas, PKR dan orang Islam di Selangor yang masih tidak sedar dengan permainan dan wayang yang sedang dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin DAP khususnya di dalam usaha mereka memancing hati orang Melayu.

Namun, katanya, sandiwara DAP mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu khususnya, termasuk ingkar dengan larangan Sultan Selangor semakin melampau.

”Inilah budaya politik yang mereka perjuangkan selama ini. Ideologi Malaysian Malaysia mengakui bahawa semua kaum ada sama hak tapi tiada hak istimewa, ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ideologi Malaysian Malaysia juga tidak relevan dalam konteks Malaysia kerana proses perpaduan negara ini tidak berlaku melalui “bersatu dalam kesamaan” tetapi “bersatu dalam kepelbagaian” katanya merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera selain menjamin kedudukan dan hak kaum lain di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Firdouz meminta agar orang Islam khususnya penyokong Pas dan PKR sedar dengan agenda sebenar Dap dan tidak lagi bersekongkol dengan segala tindakan Dap.

”Ini baru berkuasa di Selangor, bayangkanlah kalau mereka berkuasa di Malaysia. Takkan sampai kita dihalau, baru nak sedar dan percaya dengan sandiwara DAP, memperdaya dan memperguna orang Melayu untuk menjadi landasan mempercepatkan langkah mereka untuk menguasai Malaysia,” ujarnya.

http://img20.imageshack.us/img20/3371/colages400hotbikiniandl.jpg

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen