Hipokrasi Peserta Mogok Lapar Anti Lynas

December 28, 2012   ·   16 Comments

Hipokrasi Mogok Lapar Anti Rare Earth

Malam tadi di Dataran Merdeka segerombolan 'pencinta alam sekitar' yang berkiblatkan pakatan pembangkang telah secara rasmi memulakan kempen mogok lapar kononnya sebagai bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas yang beroperasi di Gebeng, Kuantan.

Sejak dari jam hampir 8 malam hingga 1 pagi tadi dianggarkan adalah sekitar 50 hingga 60 orang yang berada di Dataran Merdeka, 18 belas orang daripadanya adalah peserta mogok lapar termasuklah beberapa orang kanak-kanak bawah umur 14 tahun.Mogok Lapar Anti Rare Earth-5

Entah siapa mak bapak budak-budak tu semua. Malang betul ada mak ayah sedemikian yang berfikir pendek mempertaruhkan risiko kesihatan anak sendiri.

Kan kalau ada yang mati atau wujud kesan buruk pada kesihatan masing-masing, agak-agaknya pemimpin DAP, PKR dan PAS nak mengambil tanggungjawab ke? Sendiri tanggunglah jawabnya.

Sementara rakan penulis sibuk merakamkan pelbagai aksi, penulis melilau ke sana ke mari tercari-cari kot terjumpa cucu Lim Kit Siang atau anak Guan Eng, satu bayang pun tiada kelihatan.Mogok Lapar Anti Rare Earth-6

Hatta anak Anwar mahupun anak Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh pun penulis tak temui.

Pandai juga pemimpin PR dalam bab mempertaruhkan kesihatan dan nyawa anak penyokong mereka, sedangkan anak pemimpin sendiri seorang pun tak sanggup ambil risiko berlapar selama 100 jam.

Padahal apalah salahnya kalau tiga empat orang anak pemimpin PR turut sama mogok lapar, bukannya buat betul-betul pun, kelentong je lebih.

Dulu semasa acara jalan kaki 300km dari Kuantan ke KL boleh kelentong orang ramai Mogok Lapar Anti Rare Earth-1'berjalan' dalam kenderaan 4×4 dan kereta kemudian hanya turun berjalan semula guna kaki bila melalui kawasan ramai orang, apa sangat lah kalau nak menipu melalui mogok lapar, tak gitu?

Waktu malam dinihari tatkala orang ramai dah tak kelihatan boleh balik rumah atau hotel, tak pun tanggal baju hijau dan kuning kemudian pi pekena nasi goreng kedai mamak atau KFC 24 jam yang berdekatan. Yang penting publisiti murahan.

Sementara itu, menjelang tengah malam kelihatan beberapa orang peserta rasmi mogok lapar itu baring sambil menutupkan mata dengan tuala kecil, seimbas lalu melihat mereka baring sedemikian kelihatan seperti kutu rayau yang tiada rumah pula lagaknya.

Di beberapa sudut kelihatan beberapa orang peserta dewasa sedang menggunakan smartphone dan tablet seperti Galaxy Tab dan Ipad, ada yang bergambar dan ada yang sedang tekun melayari internet.Mogok Lapar Anti Rare Earth-3

Mungkin mereka tidak menyedari gadget yang mereka sedang gunakan itu menjadi simbol hipokrasi yang mengundang senyum sinis orang ramai.

Bahan nadir bumi yang seperti kita semua sedia maklum merupakan kegunaan penting dalam banyak industri penting termasuklah pembuatan barangan telekomunikasi seperti smartphone, Ipad, Galaxy Tab dan lain-lain.

Ipad, Galaxy Tab dan SmartPhone misalnya sebahagian komponennya diperbuat daripada elemen bahan nadir bumi (rare earth) yang dikenali sebagai lanthanum, neodymium, cerium oxide, gadolinium, lutetium, terbium, thorium and dysprosium dan beberapa lagi elemen nadir bumi yang lain.Mogok Lapar Anti Rare Earth-4

Elemen nadir bumi itu juga ada yang diperlukan untuk menjana kuasa bateri tablet, laptop dan netbook, hatta turut digunakan dalam pembuatan LCD TV, lens camera dan kenderaan hybrid. Pendek kata macam-macam kegunaan bahan elemen rare earth.

Dan tanpa sedar, kempen mogok lapar membantah kilang nadir bumi Lynas kononnya demi menunjukkan keprihatinan mereka terhadap alam sekitar hanya menyerlahkan betapa hipokritnya golongan-golongan ini.

Sikit atau banyak kuantiti elemen rare earth dalam setiap gadget yang sedang mereka gunakan bukannya alasan untuk menutup pekung hipokrasi sendiri.Mogok Lapar Anti Rare Earth-7

Yang penting, jika benar begitu menentang kilang nadir bumi Lynas, patutnya dibuktikan dengan memboikot semua alatan gadget yang memanfaatkan elemen nadir bumi sebagai komponen penghasilannya.

Apa kata, sempena meraikan mogok lapar yang serba mengarut itu, semua peserta dan penyokong haprak PR beramai-ramai mengadakan acara membakar semua smartphone dan gadget-gadget lain tanda menyokong kempen anti nadir bumi? Ada berani?

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...