Ajaran Islam Mana Satu Ajar Menyalibkan Patung Ni?

December 28, 2012   ·   4 Comments

IsadiSalib

MACAM-MACAM benda bodoh dibuat orang terdesak, tidak terkecuali Mazlan Aliman dan kumpulan Orennya yang membuat bantahan petang tadi (selepas Jumaat).  Yelah, lepas Jumaatlah sebab waktu itu memang sudah sedia ada orang, tak payah susah-susah nak cari orang lagi.

Itupun keruh je penulis lihat, takdelah ramai mana pun (ikut dari  gebang 30 ribu orang datang).  Itu tak dibanding dengan 112,350 orang peneroka di seluruh negara lagi tu.

Tambah 'memburukkan' keadaan bagi Mazlan Aliman, ada pulak kumpulan satu lagi penyokong Felda yang berani menyergah kumpulan Mazlan Aliman ini.  Eh, kata mewakili keseluruhan peneroka dan generasi kedua, yang kumpulan satu lagi tu datang mana, Ladang Rakyat ke?

Kalau tak salah penulis, ada rancangan nak berkhemah dan lambakkan setengah tan kelapa sawit depan pejabat Felda dan apa segala, tapi elok je bersurai lepas serah memorandum?  Apa sudah jadi?  Telur sudah masuk ke dalam?

Begitu juga tidak nampak kehadiran pemimpin utama Pakatan haram ini, yang ada hanya 'tokoh-tokoh' yang biasa-biasa saja hadir memberikan sokongan, dari PAS saja pulak tu, dari PKR dan DAP (apatah lagi), langsung tak nampak bayang.

Penulis pun peliklah, macam mana orang yang dihalau dan dihalang dari masuk di hampir semua penempatan Felda yang dia singgah dalam Konvoi Jelajah Oren, ada hati nak minta Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi Felda letak jawatan?

Patutnya peneroka Felda yang serama 112.350 orang inilah yang ramai-ramai turun membanjiri depan Wisma Felda mendesak supaya Isa Samad letak jawatan.  Ini Mazlan Aliman, siapa Mazlan Aliman?  Dia sendiri jadi macam sekarang pun antara lain atas hasil usaha Felda sebab khabarnya dia ni anak peneroka.

'Jadi anak peneroka, sudah tentu pernah makan beras dan lauk pauk yang dibeli secara hutang dari kedai D'Mart.  Kemudahan tu siapa sediakan, bukan Felda ke?  Begitu juga bantuan persekolahan dan sebagainya.  Dan sekarang dia cakap Felda menganiaya dan merampas hak peneroka?

Apa merit kau?

Kau sendiri pun dihalang orang dari masuk kawasan Felda, siap nak dipukul orang lagi sebab buat bising dengan ceramah melalui mikrofon yang dipasang di atas kenderaan (termasuk cuba 'bunuh' peneroka), itu pun masih ada hati mengetuai himpunan yang kononnya mewakili peneroka Felda dan generasi kedua mereka.

Sementara itu, yang menarik perhatian penulis, ada pulak patung Isa Samad yang disalib dan di arak dalam perhimpunan petang tadi, itu ajaran Islam mana ajar?  Bab mana dalam Al-Quran ada sebut pasal salib-salib ni?  Kata parti yang berasaskan sunnah, hadis dan Al-Quran, perlembagaan parti meletakkan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan sebagainya.

Dah kemana semua tu?

Betulah hipokrit dan tidak boleh dipakai.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...