Tuan Sadiq mula muncul
"Kita berjaya menghadapai dan menyelesaikan masaalah segera sebelum menjadi isu utama," kata Tuan Sadiq dalam ucapannya baru-baru ini tentang kejayaan BN menyatukan rakyat berbilang bangsa.
Yang ini, Husin setuju. Tapi 6 tahun terlalu lama untuk selesaikan masaalah yang dah jadi masaalah utama hingga kini.
Tuan Sadiq yang baru-baru ini mula muncul memberi pelbagai ucapan di sana sini turut menyatakan sistem kehakiman yang kuat perlu bagi membenteras rasuah.
Ketika zamannya, dia telah menaikkan taraf BPR dari sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi Suruhanjaya Bebas. Namun namanya agak tercemar kerana menantu yang jadi Penasihat.
Dan ketika pentadbirannya juga di bayar hakim-hakim besar tanpa sebab musabab dan asas melainkan hanya tuduhan yang belum disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Akibat dari kelemahannya, Bar Council menjadi besar kepala dan bukan lagi badan profesyenal mendokong undang-undang tapi NGO hak asasi manusia dan mahu jadi penentu mana satu undang-undang yang mereka mahu ikut dan langgar.
Tuan Sadiq juga membiarkan hingga IFC yang dipelopori Bar Council naik tocang hingga gejala murtad membiak dan kini perempuan Melayu bertudung bernama Nurul Izzah dan rakan2 dalam Sister in Islam menentang syariat tuhan supaya benarkan orang Islam murtad.
Pada tahun 2007, Tuan Sadiq terlepas kata dan kini dipegang orang. Baca sini
Wow! Terlepas kata dalam tidor ka? Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments