Mesej Utama Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia - KJ #PAU2012 #UMB
Kedua: KPUM akan ketengahkan sumbangan dan peri penting peranan yang telah dimainkan oleh Pemuda kepada agama, bangsa dan tanahair. Yang utamanya adalah, Pemuda sentiasa memastikan parti UMNO kekal relevan dengan zamannya dan menyerlah sebagai parti sentiasa hadapan. Kini, Pemuda telah diberi nafas baru – bukan lagi sekadar kumpulan pendesak tetapi khidmat bakti dengan gerak kerja penyelesaian yang mesra orang muda. Beliau akan nyatakan kegiatan Pemuda yang menterjemahkan transformasi politik UMNO seperti Makmal Pemuda, Karnival Kerjaya dan sebagainya. Tak terkecuali, peranan Pemuda kini diiktiraf bukan sahaja oleh orang muda, dengan sokongan di pilihan raya kecil dan pilihan raya kampus, dan parti UMNO bahkan diangkat suaranya oleh kerajaan di dalam perancangan dasar. Inilah Pemuda yang kita bina dan menjadi sebahagian dari legasi.
Ketiga: Sebagaimana tahun-tahun lalu, KPUM akan bawakan cadangan-cadangan mesra orang muda kepada Keraj! aan. Tahun ini KPUM akan bawakan sepuluh cadangan meliputi perumahan, bantuan kebajikan, lesen, muflis muda dan pelbagai lagi.
Keempat: Pemuda akan sentuh tentang kepimpinan dalam Pemuda dan generasi pelapis. Beliau juga menyeru budaya yang mendahulukan berkhidmat dari mengejar kedudukan. Pada masa yang sama KPUM akan sentuh tentang pola demografi pengundi yang banyak orang muda dan yakin orang muda boleh diberi kepercayaan menyahut cabaran untuk parti.
Kelima: KPUM akan sentuh tentang kepentingan semangat dan kekuatan menghadapi pilihanraya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments