Himpunan Hijau, Bersih, Semuanya Suara Minoriti

November 26, 2012   ·   2 Comments

katak_hijau

ADA pandangan dari puak sebelah sana mengatakan, 'sambutan' rakyat terhadap Himpunan Hijau, rusuhan Bersih dan beberapa perhimpunan dimana Pakatan haram sebagai dalangnya, adalah bukti 'kukuh' bahawa BN akan tumbang dan mereka akan naik selepas pilihanraya umum akan datang.

Benarkah?

Kalau kita kaji-kaji balik himpunan dan rusuhan semua tu, berapa peratus sangat yang hadir tu dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia kita ni?  Kalau jumlah keseluruhan rakyat tu (28 juta) terlalu besar, ambik jumlah pengundilah, berapa sangat?

Macam yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, 5,000, 7,000, 10,000 atau nak ikut kelakar Harakah, 20,000?  Dibandingkan pula dengan 13 juta lebih pengundi di negara ini, berapa peratus sangat tu?

Kita taknak cakap boleh 'makan' ke tak boleh 'makan', nanti nampak riak sangat.  Yang kita nak sebut ni bolehkah jumlah yang tersangat kecil ini dianggap mewakili suara rakyat Malaysia sehingga kerajaan perlu akur kepadanya?

Apatah lagi, bukan kita tak tahu perhimpunan/rusuhan yang dianjurkan Pakatan haram ini hanya dihadiri orang yang sama untuk segmen berbeza.  Macam Himpunan Hijau semalam, majoriti yang hadir adalah ahli DAP dan cina Singapura sebagai tukang meramaikan.  Maklumlah, di negara sendiri himpunan seumpama itu diharamkan, datanglah ke Malaysia lepas geram.

Ingat kita tak tau?

Pendek kata disini, jumlah kehadiran itu tak menggambarkan apa-apa pun.  Bak kata Tun Mahathirlah, zaman beliau dulu 100 orang datang dengar ceramahnya, tapi setiap pilihanraya beliau menang majoriti 2/3.

Lebih teruk lagi sebenarnya, Pakatan haram ini hanya membentuk golongan tidak produktif yang bakal membebankan negara dengan mengupah budak-budak yang tidak ada kerja dan pasangan masing-masing untuk menjadi peserta tetap dalam setiap acara yang dianjurkan mereka.

Inilah hakikat sebenarnya yang rakyat kita perlu tahu.  Pembangkang atau Pakatan haram ini hanya ada gebang, pemimpin tahu depa tak kuat mana, tapi 'gebang' dan jumlah kehadiran itu yang menjadikan mereka nampak kuat.  Dalam gambar memang nampak macam ramai, tapi bila baca akhbar adalah 5,000, 10,000 dan seterusnya.

Angka itu puak depa sendiri kata, bukan kita cipta.

Apatah lagi dalam isu Lynas yang diperjuangkan Himpunan Hijau ini yang mirip macam isu Scorpene juga – tidak ada isu tapi cuba dijadikan isu.  Mahkamah pun dah kata takde isu, datang puak ini cuba nak menegang benang yang basah.  Maklumlah, pengeluar di negara nenek moyang jadi dalang.

Lagipun, perhimpunan yang bermotifkan politik memang macam itu, bukan nak cerita pasal persekitaran sangat pun.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??