KJ: BN Tawar Masa Depan Berasaskan Transformasi Yang Syumul Bukan Reformasi Jalanan Bersalut Janji #PAU2012 #UMB


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) menawarkan masa depan kepada rakyat berasaskan transformasi yang syumul, bukan reformasi jalanan bersalut janji, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata masa depan yang dicorak kerajaan BN untuk rakyat adalah berasaskan fakta dan penyelidikan dengan penyediaan peruntukan kewangan sewajarnya, sebelum ia membuat sebarang janji.

Kerajaan tidak akan meletakkan masa depan anak watan di meja perjudian kuasa seperti pakatan pembangkang, katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2012 di sini pada Rabu.

Khairy berkata janji populis pakatan pembangkang berasaskan semuanya diberi percuma termasuk pelupusan tol jalan raya, pelupusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), penurunan harga minyak dan harga kereta, boleh membankrapkan negara.

"Kos bagi janji mereka mencecah lebih 200 bilion ringgit dalam tahun pertama sahaja (jika mereka memerintah negara)," katanya dan menambah, soal negara boleh menjadi bankrap, tidak penting bagi pembangkang yang hanya bercita-cita mahu merampas tampuk kuasa.

Dalam ucapannya bertajuk 'Antara Dua Masa Depan', Khairy turut menyentuh beberapa masalah yang timbul di negeri di bawah pentabiran pakatan pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau memberi contoh antaranya isu kepincangan Universiti Selangor (Unisel), program Ladang Rakyat di Kelantan dan kes tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang, sementara di Kedah wujudnya kes pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Khairy juga menyelar budaya anarki dan revolusi termasuk demonstrasi jalanan yang di! bawa pakatan pembangkang, selain meminta campur tangan asing dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sungguh terdesak mereka hingga tergamak minta kuasa asing menentukan destinasi politik kita," katanya sambil menambah, ini jelas menunjukkan mereka tidak yakin dengan kebijaksanaan rakyat dalam menentukan pilihan.

Mengenai agama Islam, parti pembangkang yang mendakwa memperjuang Islam pula berdiam diri apabila agama Islam dicerca oleh pemimpin DAP, katanya.

"Pakatan apa sebenarnya mereka ini? Nama saja pakatan namun jarang sekali bersepakat," katanya sambil merujuk kepada pertelingkahan berhubung calon perdana menteri sekiranya pembangkang memerintah negara.

Mengakui wujud kekhilafan dalam kepimpinan BN, namun Khairy menegaskan gabungan parti politik yang ditunjangi Umno sahajalah yang mampu meneroka kemerdekaan, mengisi kelompongan pentadbiran, menstruktur ekonomi rakyat, mengindustrikan sektor tani, dan meneroka perkembangan alam maya.

Sumber: Bernama
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012