KJ Mahu Pakatan Rakyat Berpolitik Secara Matang, Terima Kelemahan Yang Ada!
Petikan dari http://rembau.com.my
Satu lagi contoh kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini kes yang melibatkan kerajaan negeri Kelantan.
Ringkasan ceritanya: Kerajaan Kelantan dan syarikat Liziz Stanco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk membangunkan kawasan Lembah Sireh di tebing Sungai Kelantan pada 2002. Dalam perjanjian tersebut, LIziz Stanco Sdn Bhd perlu membayar Kerajaan Kelantan RM390 juta dalam bentuk wang tunai, tanah dan juga prasarana seperti jambatan dan masjid untuk memiliki 404 hektar tanah di Lembah Sireh.
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa walaupun 290 hektar tanah berkenaan sudah pun diberi kepada Liziz Stanco Sdn Bhd, syarikat tersebut hanya dapat membayar Kerajaan Kelantan RM45.68 juta daripada apa yang dijanji setelah hampir 10 tahun kontrak asal dimeterai. RM343.41 juta masih tidak dijelaskan oleh Liziz Stanco Sdn Bhd.
Kesimpulannya, sebahagian besar tanah sudah diberi tanpa Kerajaan Kelantan menerima bayaran sepertimana yang dijanji.
Banyangkan kalau kes ini melibatkan Kerajaan Persekutuaan. Sudah pasti macam-macam tuduhan dan andaian akan keluar. Tetapi bila kena pada batang hidung mereka sendiri, mereka sepi seribu bahasa. Hujah yang dikeluarkan amat mengecewakan: "BN lagi teruk" "Korupsi BN lebih besar".
Adakah kesilapan dan dosa orang lain (kalau pun ada) menghalalkan kesilapan kita sendiri? Saya rasa tidak. Politik yang matang menuntut agar Kerajaan Kelantan mengaku kelemahan yang ada, terima siasatan dari pihak SPRM dan tidak menggunakan alasan "musuh saya lebih teruk" untuk cu! ba menjawab skandal besar ini.
Pemuda UMNO, NGO Buat Laporan SPRM Berhubung Lembah Sireh
KOTA BAHARU, 29 Okt – Pemuda UMNO Kelantan dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Lembah Sireh yang mahu siasatan menyeluruh dilakukan.
Seramai 50 orang diketuai Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian membuat laporan itu di pejabat SPRM di sini hari ini pada 12 tengah hari dengan turut membawa pelbagai sepanduk berhubung isu Lembah Sireh itu.
Anuar ketika ditemui sebelum itu berkata mereka menyifatkan isu Lembah Sireh sebagai satu skandal terbesar membabitkan kerajaan Kelantan yang perlu kepada satu siasatan yang akhirnya perlu didedahkan kepada rakyat.
"Kami memohon pihak SPRM dapat menyiasat perkara ini seandainya berlaku salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah terancang di pihak kerajaan Kelantan kerana ini melibatkan kepentingan umum rakyat negeri ini kerana tanah tersebut telah pun dipindah milik sebelum perjanjian sebenar dilaksanakan.
"Kami memohon agar pihak SPRM dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas menyiasat projek ini agar rakyat Kelantan dapat mengetahui kedudukan sebenar," katanya.
Beliau juga berkata pihaknya juga meminta SPRM dapat menyiasat kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di mana kerajaan negeri hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.
Isu projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan itu mula menjadi persoalan selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini apabila pihak syarikat yang memajukan projek itu belum melaksanakan komponen projek fizikal yang dijanjikan.
Di bawah projek bernilai kira-kira RM2 bilion dan melibatkan kawasan seluas 400 hektar secara pajakan selama 99 tahun itu, kerajaan Kelantan bakal mendapat imbuhan daripada pema! ju termas! uk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM350 juta.
Isu itu juga turut mendapat perhatian pembangkang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan kerajaan negeri menjelaskan ia akan berbincang dengan syarikat swasta yang melaksanakan projek berkenaan setelah pelaksanaannya tidak memuaskan sehingga ditegur dalam laporan itu.
Ahmad ketika menjawab dilaporkan berkata kerajaan negeri menyedari bahawa projek tersebut tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancangkan.
-umno-online.my Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments