HOT : AMANAT TERAKHIR NIK AZIZ SEBELUM MENINGGALKAN KITA...
Tiba-tiba EP rasa sayu plak baca ayat pertama kenyataan Nik Aziz..hehehehe...tapi EP memang setuju dengan Nik Aziz dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia..tapi untuk memartabatkan Islam supaya dipandang mulia oleh semua agama..tak cukup hanya dengan pemimpinnya yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah...
Bagaimana pula dengan aspek ekonomi dan pembagunan metarial?? Bukankan Islam amat menggalakkan supaya umatnya memakmurkan bumi dan sebagai pemimpin yang dipilih rakyat Nik Aziz sepatutnya mentadbir Negeri Kelantan dengan sebaiknya dan bersungguh-sungguh agar ianya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat bukan mendatangkan kesengsaraan dan kesusahan kepada mereka..
Antaranya..isu air di Kelantan yang masih belum selesai dan isu peluang pekerjaan di Kelantan...Anak-anak muda terpaksa merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki...
"Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
"Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah.
! "I! ni menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS," kata beliau.Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments