Husam tuntut royalti minyak ke atas Bertam

Husam terjuling gembira dapat tambah bajet Kelantan dari royalti minyak Bertam
KOTA BARU: Exco Kerajaan negeri Kelantan, Dato Husam Musa menyatakan bahawa negeri Kelantan berhak dan akan tuntut minyak yang baru diumumkan jumpa di kawasan eksplorasi blok PM307 yang dipanggil sebagai medan minyak Bertam.

Menurut Husam, negeri Kelantan berhak mendapat royalti minyak dari kawasan Bertam kerana kawasan tersebut berada dalam perairan negeri Kelantan.

Katanya lagi, dia mendapat arahan dari Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat yang telah  bermimpi ketika tidor lepas sembahyang asar di pejabat selepas mendengar berita penjumpaan minyak Bertam semalam.

Dalam mimpi tersebut, Nik Aziz menyaksikan Cik Siti Wan Kembang menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk membolehkan carigali dalam tanah jajahan negeri Cik Siti Wan Kembang ketika itu.  

Tidak dapat dipastikan samada Nik Aziz ada terkentut dalam tidor dan wudhunya telah terbatal atau tidak.    

Miny! ak dijumpai di blok PM307

Penjumpaan minyak yang berada di blok PM307 di satu lokasi 160 km dari pantai Pahang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Mohd Najib Tun Razak  dalam satu sidang akhbar semalam.

Negeri Pahang dijangka akan mendapat wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun apabila produksi minyak bermula pada suku ke 3 tahun 2014.

Husam mengetuai dua tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan terhadap kerajaan pusat bagi medan-medan minyak yang berada lebih dari 3 batu nautika dari persisiran pantai Kelantan usahasama Petronas-Thai berdekatan sempadan Malaysia-Thai dan kawasan berdekatan sempadan negeri Terangganu yang diakui Husam berada dalam perairan Kelantan.

"Jika mereka berhujah, tuntutan royalti minyak kami memerlukan dibuat persempadanan laut antara Kelantan dan Terengganu dahulu, maka kami percaya bahawa medan minyak Bertam berada dalam sempadan negeri Kelantan," kata Husam.

Tambahnya lagi, "Retorik minyak ini perlu dikekalkan untuk kaburi rakyat kelantan yang mudah ditipu PAS demi  memastikan PAS kekal memerintah Kelantan walaupun Nik Aziz sudah sakit."

Nik Aziz mimpi blok PM307 berada dalam jajahan negeri Cik Siti Wan Kembang

Kerajaan Kelantan sedia membuat tuntutan mahkamah bagi mendapatkan royalti minyak tersebut berdasarkan perjanjian y! ang dibua! t Cik Siti Wan Kembang dalam mimpi Nik Aziz.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan ada membuat tuntutan meminta mahkamah mengadili tuntutan yang hanya berdasarkan perjanjian negeri Kelantan dengan kerajaan pusat dan Petronas sahaja dan tidak melibatkan undang-undang dan lain-lain perjanjian lain berhubungan dengan carigali minyak dan kod tanah.

Menurut Husam, walaupun mereka kalah dan sebenarnya tiada kes, persepsi kita saman Kerajaan Pusat cukup untuk mengaburi dan bodohkan orang kampung di Kelantan dan memastikan undi kekal untuk PAS.

Husam yang menganggap dirinya Menteri Kutipan Royalti turut percaya orang kelantan boleh juga dibodohkan dengan hujah terdapatnya anak-anak negeri Kelantan yang bekerja dalam Petronas dan terlibat dalam usaha carigali di Bertam menyokong tuntutan mereka.

Selain itu, Husam merancang untuk mengaburi mata rakyat dengan meletakkan jangkaan pendapatan RM100 juta dari royalti minyak bagi bajet negeri Keantan bagi tahun 2014 dari hasil royalti minyak Bertam.

Taktik yang sama dianggap mengena apabila Husam memasukkan royalti minyak RM200 juta dalam jangkaan pendapatan bagi bajet tahun 2013 baru-baru ini. - Agensi Husin Lempoyang

Wow! Tulisan satira jangan saman ye ... nanti kena jual. Hehehe ....
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012