Tema Merdeka vs Talam, Mana Lebih Besar?

July 28, 2012   ·   6 Comments

khalid_ibrahim_skandal_talam_selangor

MENILAI situasi sekarang, dari banyak perkara yang berlaku dalam negara, sudah tentu ramai yang pelik kenapa Pakatan haram memilih untuk mempolitik dan membesarkan perkara-perkara kecil yang tidak pernah diambil berat oleh sesiapa pun sebelum ini.

Tema Merdeka yang sedang kecoh di sana sini sekarang adalah contoh terbaru.

Sedangkan dalam masa yang sama, Pakatan haram ada begitu banyak isu besar yang perlu ditanganani, antaranya krisis air di Selangor, hutang Talam yang berbilion ringgit, pergolakkan dalaman PKR, pembahagian kerusi yang tidak selesai (Anwar dicalon di 2 kawasan Parlimen) dan sebagainya.

Tapi kenapa Tema Merdeka itu juga yang dipilih untuk dikecohkan?

Alasannya pada pandangan penulis mudah saja.  Pakatan haram ini sudah ketandusan isu.  PAS, DAP dan PKR sudah tidak ada  isu yang boleh digunakan untuk menarik perhatian rakyat membenci UMNO dan BN.

Isu-isu berkaitan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang sebelum ini jadi senjata utama mereka seperti dalam kes NFC, sudah tidak begitu dipedulikan rakyat.  Rafizi sebagai contoh, terkial-kial nak mencanang pembabitan Perdana Menteri dalam soal kontrak pembinaan Landasan LRT laluan Ampang, tapi gagal apabila Prasarana mengesahkan kontrak tersebut belum di anugerah kepada sesiapa.

Ada isu terbaru berkaitan analisis oleh sebuah firma berpengkalan di London berhubung soal RM 892 billion yang kononnya dibawa keluar dari negara sejak 1970 hingga sekarang, pun tidak mendapat sambutan juga.

Di samping itu, Pakatan haram tidak mahu sebarang kecurangan mereka dalam pentadbiran di 4 buah negeri yang depa perintah, terbongkar.  Jadi pada anggapan mereka rakyat perlu disibukkan dengan banyak isu (walaupun kecil), supaya terlupa isu yang besar ini.

Tidak hairanlah, mereka memutuskan untuk all out isu tema merdeka ini dengan tujuan membuat rakyat 'menyampah' dengan BN dan memberi sebab untuk rakyat tidak mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Lagipun dengan bulan kemerdekaan sekarang, ramai orang sedang celik mata dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan Merdeka, inilah peluang terbaik untuk rosakkan pemikiran rakyat.

Tapi sedarkah wahai balaci Pakatan yang bengong, rakyat majoritinya tak peduli pun soal logo ni.  Gebang-gebang ini hanya hebat di Internet, di kalangan rakyat biasa yang lebih besar bilangannnya, ia hampir tidak ada isu.

Tema '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati', so what?  Orang kampung cakap ni.

Yang penting sekarang, orang di Selangor contohnya buka kepala paip, air keluar ke tidak? Janji yang banyak-banyak tahun 2008 tu, dah ditunaikan tidak?  Orang rumah pangsa tanya, bila mereka boleh dapat air percuma 20m3?  Depa pun bayar cukai sama macam orang bawah juga katanya.

Kelantan, air bila nak jernih, baki 40% penduduk yang tidak dapat bekalan air bersih, bila nak diselesaikan,  lebuhraya percuma bila Exco nak luluskan (bila nak buat jangan tanya dulu – lambat).

Pulau Pinang, taman harimau bila nak buat, WiFi percuma dah selesai ke belum, orang Melayu kenapa di singkir keluar dari Pulau, begitu juga denngan Kedah dan banyak kalau nak ditulis di sini.

Ini isunya, bukan tema hari Merdeka!!

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...