Kenyataan Akhbar 10 tentang perjanjian antara Pakatan Selangor dengan Talam

1. Hari ini, saya mahu dedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berbohong dan bagaimana pemimpin DAP memberikan kenyataan yang saling bercanggah.

2. Berdasarkan kepada hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2010 dan 2011, tiada pendedahan berkenaan dengan Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan BN dahulu berkaitan dengan pemilihan dan penilaian aset-aset yang masih mengikat Kerajaan PR

3. Pemimpin Kerajaan PR Negeri Selangor dan Tony Pua dari DAP telah berulang kali menyebut bahawa di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN),  tiada usaha dilakukan untuk mengutip hutang-hutang dari Talam dan hutan-hutang itu disembunyikan.

4. Walau bagaimanapun dalam kenyataan akhbar oleh YB Teresa Kok,  beliau telah menyebut  bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani antara Talam dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini apabila mengadakan penyelesaian hutang dengan Talam.  Beliau telah mendedahkan Perjanjian Penyelesaian hutang pertama yang ditandatangani pada 29 Julai 2005 dan Perjanjian tambahan yang ditandatangani pada 8 Mac 2007 bagi menyokong kenyataan beliau. 

5. Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Teresa Kok di atas pendedahan perjanjian tersebut kepada pengetahuan awam kerana pendedahan beliau membuktikan bahawa Kerajaan PR Negeri Selangor selama ini menipu dan berbohong kepada rakyat.

6. Berdasarkan kepada Perjanjian bertarikh 8 Mac 2007, tempoh sah laku Perjanjian itu adalah sehingga 8 Mac 2008. (Sila rujuk kepada muka surat 3 dam 4 perjanjian tersebut).

7. Oleh itu, apabila Kerajaan PR Negeri Selangor dan Talam menandatangani Perjanjian baru pada tahun 2010, mereka tidak terikat dengan perjanjian yang bertarikh 8 Mac 2010, termasuklah tanah dan/atau harta tanah serta penilaian yang telah dibuat.

8. Hakikat bahawa satu perjanjian baru telah ditandatangani antara Talam dan Kerajaan PR Negeri Selangor pada 12 Mac 2010 dan Talam dikehendaki mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya membuktikan bahawa perjanjian yang ditandatangani sebelum ini telah tamat tempoh sah laku.

9. Kita mengalu-alukan YB Teresa Kok mendedahkan Perjanjian bertarikh 29 Julai 2005, 12 Mac 2006 dan 8 Mac 2007 untuk tatapan umum bagi membuktikan bahawa perjanjian-perjanjian ini masih lagi sah apabila Kerajaan PR Negeri Selangor menandatangani Perjanjian baru dengan Talam pada tahun 2010.

10. Jika tidak, dakwaan YB Teresa Kok yang mengatakan Kerajaan PR Negeri Selangor terikat dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan BN sebelum ini adalah tidak benar, mengelirukan dan ia hanya bertujuan untuk memutar belitkan fakta.

11. Sehingga hari ini, Kerajaan PR Negeri Selangor masih tidak dapat menjelaskan tentang berlaku penilaian harga yang lebih tinggi untuk tanah di Bestari Jaya, tanah di Danau Putra yang diselubungi kolam lombong, unit pejabat yang sukar untuk dijual di Menara Pandan dan Ukay Perdana. Pendedahan tentang perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan BN dahulu adalah satu tindakan terdesak oleh Kerajaan PR Negeri Selangor bagi mengalihkan perhatian dan menjadikan BN sebagai kambing hitam.

12. Berdasarkan kepada pendedahan pembelian tanah sebelum ini di Bestari Jaya (RM42 juta hingga RM100 juta berdasarkan kepada penilaian Talam atau KHSB), di Danau Putra (RM57 juta berdasarkan harga lelong) dan Menara Pandan (RM1.89 juta berdasarkan harga lelong),  kemungkinan berlaku terlebih bayar antara RM101 juta hingga RM158 juta masih tidak dijawab.

13. Macam mana berlaku penilaian yang lebih tinggi antara RM101 juta hingga RM158 juta boleh dihujahkan sebagai keuntungan RM9 juta adalah satu cara yang "inovatif" kerana sehingga hari ini, Kerajaan PR Negeri Selangor masih tidak mendedahkan sama ada penilaian telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri atau tidak.

14. Saya tahu bahawa DAP akan mematahkan kenyataan saya  dengan menggunakan cara "spin" mengalihkan perhatian atau mendedahkan maklumat yang tidak lengkap, tapi saya ingin menasihatkan mereka agar menyemak kenyataan mereka terlebih dahulu supaya mereka tidak terperangkap dengan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain atau berbohong. Saya nak nasihatkan pemimpin DAP bahawa jika mereka tidak dapat mengingati apa yang mereka telah kata atau "spin" maka bercakap benarlah, dengan ini  anda tidak perlu mengingati apa-apa.

YB Datuk Chua Tee Yong
Ketua Biro Profesional Muda MCA
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Ahli Parlimen Labis

 -MCA online-

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...