Kenyataan Akhbar 8 mengenai perjanjian antara kerajaan Selangor dan Talam

Kenyataan Akhbar 8 – 26th Julai 2012

1. Pada 12 Mac 2010, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)  Negeri Selangor telah memutuskan untuk membeli aset-aset di bawah yang merupakan sebahagian daripada pembelian hartanah/aset bernilai RM676 juta dari Talam;

  Aset RM (Juta)
a) 400 ekar tanah di Ulu Yam 18
b) 60% saham di Ulu Yam Golf & Country club 4.2
c) 12 ekar tanah di Puncak Jalil 12
d) 2,754.83 meter persegi lot-lot kedai di Ukay Perdana 7.8
e) 5 unit pejabat di Menara Pandan 2.7
  Jumlah 44.7

2. Pada 26 April 2010, Kerajaan PR Selangor telah bercadang untuk menjual 400 ekar tanah di Ulu Yam,  60% saham di Ulu Yam Golf & Country club dan 12 ekar tanah di Puncak Jalil kepada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang disenarai dalam Bursa Malaysia. Ini adalah untuk menyelesaikan amaun yang belum dibayar kepada KHSB.

3. Menurut Minit Mesyuarat Lembaga KHSB pada 3 Mei 2010 and 24 November 2010, KHSB telah menolak cadangan jualan itu atas sebab  penilaian.

4. Pada 6 Jun 2011, Kerajaan PR Negeri Selangor membuat cadangan kali kedua untuk menjual tanah di Ulu Yam , Puncak Jalil  dan 60% saham di  Ulu Yam Golf & Country Club bersama dengan 5 unit pejabat di Menara Pandan dan lot-lot kedai di Ukay Perdana kepada KHSB dengan harga  RM44.7 juta.

5. Pada 29 Jun 2011, KHSB memutuskan untuk membeli tanah-tanah yang dicadangkan mengikut harga penilaian di pasaran tetapi tidak bersetuju untuk membeli 5 unit pejabat di Menara Pandan and lot-lot kedai di Ukay Perdana.

6. Saya telah difahamkan bahawa KHSB telah membuat cadangan balas untuk membeli aset di atas tidak termasuk lot pejabat di Menara Pandan pada harga RM31.6 juta berbanding dengan harga tawaran Kerajaan PR Selangor sebanyak RM42 juta .

7. KHSB telah diberitahu untuk menerima semua aset yang dicadangkan berdasarkan kepada harga penilaian pada RM44.7 juta untuk "offset" amoun yang perlu dibayar kepada KHSB. Ia juga menyebut bahawa Kerajaan PR Negeri Selangor tidak akan dapat menawarkan sebarang aset yang lain atau untuk bayar baki amaun yang perlu dibayar kepada KHSB dalam jangka masa pendek. 

8. Oleh itu, berdasarkan kepada fakta di atas, perkara berikut perlu diambil perhatian;

 )   Mengikut hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa aset-aset yang bernilai RM44.7 juta ini dapat dijual dengan mudah dan tender terbuka akan diadakan untuk menjual aset tersebut. Walau bagaimanapun, kenapa aset-aset yang sama ini telah ditawar kepada KHSB beberapa kali dan tiada tender terbuka dijalankan?

b)   Daripada menjual aset-aset tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Permodalan Nasional Selangor Berhad, kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor tidak cuba menjual aset yang dibeli dari Talam ini kepada syarikat bukan milik Kerajaan Negeri?

c)   Kerajaan PR Negeri Selangor dikatakan perlu mengenalpasti tanah sebagai cara untuk selesaikan amaun kira-kira RM30.5 juta yang perlu dibayar kepada Talam. Kenapa  5 unit pejabat di Menara Pandan dan lot-lot kedai di Ukay Perdana yang berjumlah RM10.5 juta tidak digunakan untuk "offset" amaun yang perlu dibayar kepada Talam?

9. Nampaknya, KHSB, anak syarikat Kerajaan Negeri yang disenarai dalam Bursa Malaysia bersikap lebih professional dengan menolak tawaran Kerajaan Negeri. Kita juga boleh menyimpulkan bahawa mungkin ada cubaan dari Kerajaan PR Negeri Selangor untuk memaksa KHSB membeli aset-aset tersebut pada harga RM44.7 juta bagi mengelakkan sebarang kerugian.

YB Datuk Chua Tee Yong
Ketua Biro Pemuda Profesional MCA
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Ahli Parlimen Labis

-MCA online-

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...