Isu Talam : Makin Kerajaan Selangor Jawab Makin Jerut Leher Sendiri

Oleh  Azman Abas

KUALA LUMPUR 30 Julai – Tindak tanduk kerajaan Selangor berhubung isu Talam Corporation Sdn Bhd (Talam) dilihat bakal menjerat leher mereka sendiri setelah apa yang berlaku hari ini memberi pelbagai persoalan baru kepada masayarakat umum.

 

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Datuk Omardin berkata penjelasan demi penjelasan oleh kerajaan negeri sebenarnya tidak membawa apa-apa makna sebaliknya dilihat menambahkan lagi kerumitan terhadap isu tersebut.

Menurut beliau pelbagai persoalan mula dibangkitkan oleh rakyat dan pihaknya yakin perkara berkenaan akan terus berlanjutan selagi rakyat tidak mendapat jawapan yang memuaskan berhubung perkara berkenaan.

"Kita sedikit pun tidak mahu campur apa yang mereka buat.. apa yang mereka ambil dan sebagainya lagi. Itu adalah kaedah mereka melaksanakannya… Cuma apa yang saya ingin bangkitkan di sini, makin banyak mereka jawab, rupa-rupanya makin banyak pula persoalan yang timbul.

"Jadi kepada kerajaan negeri, lakukanlah dengan sebaik mungkin kerana mandat yang diberikan oleh  rakyat Selangor pada pilihan raya umum 2008 mungkin kebarangkaliannya adalah untuk melihat bagaimana pentadbiran pakatan pembangkang. Jika inilah caranya dan jika inilah kaedahnya, saya percaya pilihan raya umum akan datang akan membawa perubahan. Yerlah…mereka sudah diberikan peluang dan sudah diberikan tanggungjawab tetapi ianya adalah satu yang cukup sia-sia," katanya.

Megat Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda UMNO Gombak seterusnya menambah apa yang berlaku di Selangor hari ini menunjukkan bagaimana sebuah kerajaan negeri yang hanya tahu 'alih' dan 'pusing' isu demi kepentingan politik mereka.

"Semua pemimpin mereka lebih kurang sahaja gayanya….Kalau tak 'alih atau pusing' mungkin barangkali tidak seronok untuk berpolitik. Jadi sebab itulah kita tidak hairan perkara ini seolah-olah sudah jadi mainan.

"Namun bak kata pepatah….Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat sama sekali tidak pernah lupakan pelanduk. Apa pun kita tunggu dan lihat apa kesudahannya dalam cerita ini dan saya kira ianya makin menarik," katanya. -MediaUMNO

 

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...