Tak Sama Hindraf Dengan Protes di Asia Barat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM tampalan kali ini saya akan menyentuh sedikit mengenai orang India. Tidak kiralah orang keturunan India Malaysia atau orang India dari benua kecil India. Secara kebetulan dalam masa 24 jam yang lalu, saya banyak berinteraksi dengan mereka.

Malam tadi saya menghadiri majlis meraikan perkahwinan anak perempuan seorang laksawan (billionaire) Malaysia keturunan India. Kata seorang tetamu yang akrab dengan beliau, laksawan ini adalah keturunan Tamil.

Ukuran kekayaan dan pengaruhnya boleh dilihat apabila majlis di hotel lima bintang dalam kawasan KLCC itu dihadiri oleh Sultan Pahang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dua bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad (Tun) dan Abdullah Ahmad Badawi (Tun). Tak kiralah pembesar-pembesar awam dan swasta yang lain.

Beliau begitu berjaya dalam perniagaan, khasnya sebagai agenindustri persenjataan, sehingga mampu memiliki rumah ibarat istana di London.

Duduk semeja dengan saya adalah seorang pegawai pemasaran bank keturunan India yang neneknya datang dari negeri Kerala. Dia bekerja dengan sebuah bank Arab Saudi yang 100 peratus melaksanakan sistem perbankan Islam. Dia terlibat dalam kegiatan pemasaran hartanah. Katanya, dia dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Hindu.

Dalam majlis itu, saya berjumpa ramai rakan-rakan India, termasuk bekas pemilik Globe Silk Store dan seorang bekas ahli ekonomi Bank Negara.

Kemudian pagi ini, saya pergi sarapan di kedai India kegemaran saya di Petaling Jaya. Ada dua orang pekerja yang baru tiba dari India bagi menggantikan dua orang yan! g sudah pulang. Seratus peratus kakitangan kedai ini adalah orang India dan majoriti daripadanya pendatang benua kecil India. Majoriti pelanggannya Melayu dan Cina.

Ada orang India Malaysia yang kutuk negara sendiri tetapi pencari kerja dari benua kecil India berduyun-duyun datang mencari makan kerana negara merekasendiri tidak mempu memeberi mereka kesenangan.

Dan dalam masa 24 jam yang akan datang, kita semua secara langsung atau tidak akan terseret ke dalam satu kegiatan dipelopori oleh orang India atau lebih tepat orang India beragama Hindu.

Media massa arus perdana dan alternatif melaporkan yang pertubuhan haram Hindraf (Hindu Rights Action Force/Pasukan Bertindak Hak Hindu) akan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di sekitar KLCC.

Antara lain tujuan mereka adalah membantah penggunaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, sebagai buku sastera tingkatan lima kerana di dalamnya terdapat istilah pariah.

Pada 25 November 2007 pertubuhan haram yang sama mengadakan tunjuk perasaan haram di tempat yang sama bagi membantah apa yang didakwanya sebagai penindasan terhadap masyarakat India dan agama Hindu.

Apabila saya mengulas mengenai tunjuk perasaan itu dalam blog ini, ramai pembahas yang mengakui diri mereka India marah dan kecewa kerana saya gagal membezakan penunjuk perasan Hindraf daripada keseluruhan rakyat Malaysia keturunan India.

Antara sungutan mereka adalah:-

1. Penunjuk perasaan Hindraf itu umumnya orang India keturunan Tamil dari negeri Tamil Nadu dan beragama Hindu. Ini jelas daripada nama pergerakan mereka;

2. Bukan semua orang India Malaysia berbangsa Tamil dan beragama Hindu. Ada orang India Malaysia yang berasal dari Punjab (Punjabi), Bengal (Benggali), Kerala, Goa dan negeri-negeri lain di India serta Sri Lanka;

3. Ada yang beragama Hindu,Islam, Sikh, Kristian dan Buddha. Selain Tamil mereka bertutur bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi dan Hindi; dan

4. Kata mereka, menyalahkan semua orang India keran! a perbua tan Hindraf adalah tidak adil kerana bukan semua orang India Malaysia menyokong tindak-tanduk Hindraf.

Laporan media mengatakan Ketua Polis Negara, Ismail Omar (Tan Sri) telah bertemu dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan masyarakat India bagi membincangkan ancaman tunjuk perasaan Hindraf itu.

Baguslah kalau begitu. Berundinglah dengan pihak-pihak yang boleh dibawa berunding dan bertindaklah mengikut undang-undang, budi bicara serta timbang rasa tetapi tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Serentak itu, berhati-hatilah menyamakan tunjuk perasaan Hindraf yang dicadangkan itu dengan kebangkitan umat Islam di Asia Barat dan Afrika Utara. Jangan kita remehkankebangkitan umat Islam Asia Barat dan Afrika Utara itu.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...