Blog Kita Sudah 5 Tahun - Terima Kasih Daun Keladi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

EMPAT hari lalu iaitu pada 24 Februari genaplah lima tahun usia blog kita ini. Demikian pantas masa berlalu.

Meminjam kata-kata ahli falsafah Amerika-Sepanyol George Santayana orang yang lupa kepada masa lampau akan mengulangi kesilapan lalu (Those who cannot remember the past are condemned to repeat it ) jadi eloklah kita mengingati sedikit sejarah blog kita ini.

Posting pertama saya dalam blog ini pada tahun 2006 bertajuk Tanda Tanya Di Sebalik Mohon Maaf NST di mana kita membahaskan permohonan maaf NST (di bawah bekas Ketua Pengarang Kalimullah Hassan) kerana menyiarkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhamad (SAW) oleh kartunis Belanda Wiley Miller. Kita mendapat tujuh komen.

Sejak itu saya telah menyiarkan 560 rencana atau purata 112 rencana setahun atau sembilan sebulan. Kita sudah menerima lebih 4.7 juta kunjungan (visits) dan seramai 1104 followers telah membuat pautan tetap.

Dalam beberapa tajuk yang kita bincangkan, kita mendapat lebih 100 komen. Tampalan bertajuk Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh? pada 16 Januari lalu menjana 212 komen.

Atas semua itu, saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pengikut tetap (followers), pembahas dan pelawat sekalian.

Saya amat berterima kasih kepada pembahas tetap dan pembahas berkala yang sudi memberi tindak balas kepada tulisan saya dan berbahas antara satu sama lain.

Selaras dan selari dengan wadah dan matlamat blog ini sebagai ruang bebas (free space) untuk berbahas dan bertukar-tukar fikiran, maka tidak hairanlah jika terdapat! di kala ngan pembahas mereka yang berparti dan yang berkecuali.

Kalau nampak ramai pembahas yang mewakili sesebuah parti politik atau aliran pemikiran tertentu, itu adalah kerana mereka berpendapat dan berasa berbahas dalam blog ini memberi manfaat kepada parti yang mereka wakili atau aliran pemikiran yang mereka anuti.

Terpulanglah kepada pemerintah, parti-parti politik dan penyokong mereka sama ada mengambil peduli ruang bebas seperti blog kita ini atau terus bergantung kepada saluran maklumat tradisional yang mereka miliki atau mereka kawal.

Saya sangat terhutang budi kepada sesiapa saja yang memberi pandangan, tidak kira mereka bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya. Kalau saya takut dikritik dan diherdik, saya tidak akan membuka blog ini.

Apa yang sentiasa saya minta dan saya harapkan adalah kita berbahas secara yang bertanggungjawab, bersopan santun dan menghormati undang-undang dan peraturan.

Malangnya, setelah lima tahun berbahas, saya dapati masih ramai yang tidak bersedia menggunakan identiti sebenar. Malah masih ramai yang tidak pun berani menggunakan nama pena. Akibatnya komen yang mereka hantar dengan pengenalan anonymous sahaja tidak saya siarkan.

Bagi saya mudah saja, kalau saya hendak kesenangan, pangkat dan gelaran berjela-jela, tidaklah saya buat blog ini atau saya gunakanlah ia untuk memuji dan memuja orang atau pihak yang berkuasa yang boleh memberikan saya kesenangan, pangkat dan gelaran.

Syukurlah dengan apa yang ada. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang lebih penting adalah kebebasan dan hak kita untuk menegur dan memberi nasihat kepada orang yang mahu mendengarnya.

Selamat membaca dan selamat berbahas.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...