Dr Mahathir: Laksana keputusan dengan baik

20130306-153141.jpg

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan pesanan agar semua keputusan yang dibuat Kerajaan, dilaksanakan dengan baik dan sempurna oleh pihak pelaksana, terutama menepati sasaran. Beliau membuat gesaan ini semasa bertemu sekumpulan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

"Kadang kala keputusan yang buat oleh Kerajaan atau Kabinet berupa dalam satu paragraf sahaja. Ianya mungkin berbeza dengan kertaskerja yang disediakan peringkat pegawai dan mereka tidak berpeluang untuk mendalami hujah dan bagaimana dibuat. Oleh sebab itu, pelaksanaannya dibuat sebagaimana ianya disediakan diperingkat pegawai".

Beliau mencadangkan Sistem Maklumbalas diujudkan, agar Menteri atau pembuat keputusan dan dasar mengetahui perkembangan mengenai kemajuan atas dasar atau keputusan yang telah dibuat. Ini termasuk Menteri atau pembuat dasar 'Turun Padang' untuk meninjau sendiri kemajuan program program yang telah diputuskan.

"Arahan oleh peringkat pegawai tinggi kebawah juga perlu dikawal selia. Umumnya, diMalaysia program berjaya kerana penyeliaan perlaksanaan program kemas. Namun kajian perlu dibuat untuk menentukan perlaksanaan menepati sasaran, sebagaimana dasar atau keputusan."

Beliau juga mengingatkan maklum balas kepada Menteri amat penting kerana jika ianya tidak mencapai sasaran dan objektif, dasar itu boleh dibincang semula diperingkat Kabinet.

"Ini penting agar keputusan lain boleh dibuat dan Kementerian lain boleh dilibatkan, agar objektif yang diharapkan dapat dihasilkan".

"Itu pentingnya work-flow chart. Semua kerja dirancang dan kemajuan harus ikut aturan, agar senang diukur".

Beliau memberikan pengalaman semasa mula mula menjadi Perdana Menteri, banyak keputusan lewat dibuat peringkat pegawai akibat masalah birokrasi dan sistem maklumbakas yang tidak kemas. Akibatnya, program program terbantut. Ini termasuk pembangunan fizikal turut terencat.

"Apabila kita perbaharui proses membuat keputusan dan maklumbalas, kita lihat banyak projek Pembangunan terutama sekitar Kuala Lumpur pesat. Kemudian kita perkenalkan 'Malaysian Inc', yang kita pinjam dari Jepun".

"Kita buat agar pihak pentadbiran dan usahawan, berganding bahu untuk menentukan ekonomi dipacu dengan sama sama memikul tanggungjawab pembangunan negara".

"Kerajaan ada 'kepentingan' (interest) dalam setiap projek yang dibangunkan oleh usahawan. Setiap kali ada aktiviti ekonomi, Kerajaan beroleh kepentingan melalui cukai, lesen dan eksais".

"Business Friendly environment penting. Sistem penyampaian perlu efisyen. Lagi cepat keputusan dan kelulusan dibuat, maknanya lagi cepat dan besar aktiviti ekonomi, lagi cepat dan besar Kerajaan dapat hasil".

"Bila Kerajaan banyak hasil, maka Kerajaan akan lebih berbelanja. Samada untuk pembangunan atau memberikan gaji kepada kakitangan Kerajaan. Segala perbelanjaan, ada multiplier effect. Ini akan terus menggiatkan ekonomi".

Ini pesanan penting Tun Dr Mahathir kepada pegawai pegawai muda PTD yang sedang mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam di INTAN ini mengenai peranan kakitangan awam secara langsung kepada pembangunan negara dan ekonomi.

*Dikemaskini 1600hrs

Dalam sessi soal jawab, beliau menjelaskan Kerajaan wajar menggunakan media termasuk media alternatif untuk menjelaskan secara terperinci pelbagai isu, samada dasar, keputusan atau pembohongan yang dibuat Pembangkang. Contohnya, dalam Manifesto PRU 13 Pembangkang menjanjikan gaji minimum RM1,100.00 dan kesannya kepada inflasi.

Tun Dr Mahathir juga menyarankan agar kajian setiap pasaran sediada dan pasaran baru produk Malaysia dibuat selalu dan dikemas kini, agar segala peluang baru yang ujud dapat diraih. Beliau juga mengulas mengenai permintaan perdagangan dan pelaburan dalam negara  agar untuk terus mengukuhkan ekonomi, sehingga boleh menggurangkan pelaburan asing.

"Selagi kita tidak masuk dalam pasaran yang tidak sihat, seperti perniagaan matawang".

Beliau juga menghuraikan soal sikap dan budaya kerja masyarakat Jepun merupakan kunci kejayaan negara itu maju, walaupun hancuran dikalahkan dalam Peperangan Dunia Kedua. "Malu' dan 'Maruah' merupakan asas agar mereka berkerja kuat untuk memberikan hasil yang baik dan bermutu tinggi.


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...