TAK PERLU BUANG MASA BISING-BISING..BUAT JE PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 TU..


Buat je la perhimpunan haram 3.0 tu...Buat apa nak ugut-ugut..Kalau kerajaan halang pun bukannya puak-puak ni reti bahasa pun..Mereka tetap akan lakukan juga..Jadi tak payahlah bising-bising atau buat buang masa buat kenyataan akhbar..

Cuma EP harap kali ni pihak Polis perlu bertindak lebih tegas..jangan bagi muka sangat pada puak-puak yang ingin menggugat keamanan Malaysia...

Pembangkang terus 'mengugut' untuk menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 sekiranya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini tidak ditunaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan kerajaan agar tidak membubarkan Parlimen selagi kesemua tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.
"Kami tidak menolak kemungkinan akan berlaku Bersih 3.0 atau bantahan yang lebih hebat serta drastik daripada rakyat. Kami tidak mahu pilihan raya diadakan dalam keadaan sistem pilihan raya menghadapi 1,001 kepincangan berbanding! sebelum ini.
"Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan komitmen kepada rakyat terhadap lapan tuntutan yang disenaraikan dalam Bersih. Jadi, kami berharap kerajaan tidak membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini selagi tuntutan-tuntutan itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang media pemuda pembamgkang di Parlimen di sini, Khamis.
Selain itu, Nasrudin berkata, kerajaan juga perlu melaksanakan terlebih dahulu cadangan yang dikemukakan menerusi laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan.
"Kami gesa kerajaan mengambil kira perkara ini. Biarlah pilihan raya umum diadakan setelah segala cadangan dalam laporan jawatankuasa dan juga tuntutan Bersih ditunaikan terlebih dahulu," jelasnya.
PSC dijangka membentangkan laporan yang mengandungi 22 cadangan bagi menambahbaik sistem pilihan raya di Dewan Rakyat minggu depan.
Kesemua cadangan berkenaan mengambil kira tiga elemen utama iaitu perlu disegerakan, penting dan boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.- MStar
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012