Lim Kuan Yew Saman Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang?

Lim Guan Eng,Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang seperti biasa dengan lagak kiasu dan rasis langsung tidak menjawab puluhan persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Ir Shaik Hussien.

Sebaliknya Lim Guan Eng menggunakan taktik ala Lim Kuan Yew untuk menyaman Ketua Pemuda Umno agar isu ini tidak didedahkan kepada umum,Kuan Yew cukup terkenal dengan cara menyaman lawan politik agar penyelewengan mereka tidak terdedah.

Guan Eng gagal sama sekali untuk memberi bukti bahawa tapak kawasan masjid tidak dilupuskan sebaliknya mahu menutup mulut pihak yang mendedahkan penyelewengan hak umat Islam.

Malah Ketua menteri lidah bercabang ini sendiri mengaku telah menjual keseluruhan kawasan Bayan Mutiara kepada Ivory Sdn Bhd.Ini bermakna secara langsung kawasan tapak masjid yang ada didalam plan asal yang diluluskan oleh pihak PDC dilupuskan.

Tahukah anda,tapak masjid dan surau sekarang ini tidak lagi dikawal oleh MAIPP,sebaliknya tanah yang diwakafkan diambil oleh Chief Minister 'Incorpirated'(CMI) dan ditukar statusnya kepada tapak rumah ibadat.Bayangkan jika ada ahli keluarga anda mewakafkan tanah untuk dijadikan tapak masjid bertukar menjadi tapak rumah ibadat yang lain.

Ini satu lagi penghinaan daripada regim DAP terhadap umat Islam.Ramai yang masih tidak sedar manipulasi DAP didalam isu tanah wakaf.


Selama ini banyak pendedahan dibuat agar untuk menyedarkan umat Islam atas kegampangan rasis chauvanis ultrakiasu DAP,Hari ini sudah terjadi didepan mata bagaimana Lim Guan Eng dan DAP menghakis apa yang dikatakan hak milik mutlak umat Islam secara halus.




GEORGETOWN - Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin berkata, beliau menyambut baik hasrat Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di sini.

Katanya, menerusi tindakan undang-undang itu kelak, isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah berkenaan dapat didedahkan dalam mahkamah.
"Biar rakyat negeri ini tahu apa sebenarnya kerajaan negeri telah buat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik Lim sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana didakawa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat mengenai isu penjualan tanah berkenaan.

Shaik Hussein berkata, sehingga sekarang Lim masih tidak menjawab dakwaan bahawa tapak masjid dan tapak sekolah yang diluluskan untuk fasa satu Bayan Mutiara itu telah dijual sebaliknya Ketua Menteri itu telah mengalih isu penjualan tanah itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan isu perkauman.

"Persoalan utama adalah isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah. Kalau betul telah jual, akuinya dan bagi tapak baru untuk bina masjid di kawasan yang sama dan jangan hendak tutup isu berkenaan," katanya.

Shaik Hussein berkata, Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam berhubung isu itu dan akan terus bersuara sehingga kerajaan negeri mengembalikan tapak masjid dan tapak sekolah di Bayan Mutiara. - Bernama

Pisau kata " Wajib Hapuskan DAP"

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012