Gaji Bukan Punca Gejala Rasuah Menular Dalam Bolasepak Negara

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Soal gaji rendah bukan merupakan factor utama yang menyebabkan pemain bola sepak negara terbabit dalam gejala rasuah atau mengatur perlawaan seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata sebenarnya tiada sebab kenapa pemain perlu terlibat dalam rasuah dan dalam hal ini, pendidikan mengenai keburukan menerima rasuah perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak khususnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Jika ada yang mengatakan gaji yang rendah sebagai puncanya, pasukan Juventus daripada negara Itali sebagai contoh, pemain mereka mempunyai gaji yang cukup besar pun turut menjual perlawanan. Bagaimana kita boleh kata gaji sebagai puncanya. 

"Sebenarnya tidak ada sebab kita perlu ambil rasuah," katanya ketika menjawab soalan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata melalui Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara, satu kempen pendidikan dan penerangan memerangi gejala rasuah akan dimulakan yang melibatkan pemain bawah umur 12 tahun melalui program MyKids Soccer dengan penerapan nilai-nilai murni, pembentukan sahsiah diri dan keagamaan. 

Langkah sedemikian juga akan dilaksanakan dalam liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Pusat Latihan Daerah dan Sekolah-sekolah Sukan di bawah KPM, katanya. 

"Kita percaya pencegahan kepada menularnya gejala rasuah ini boleh dimulakan dengan pendidikan dan pastinya akan berjaya ditangani dengan pendidikan," katanya.

Razali turut menyeru pemain dan pengadil perlawanan yang mendapat maklumat tentang usaha menggunakan mereka dalam menentukan perlawanan untuk tampil membuat aduan berhubung perkara itu. 

Katanya sekiranya sesuatu perlawanan telah diatur, maka para penonton adalah kumpulan yang paling kecewa kerana telah membuang masa, tenaga dan perbelanjaan semata-mata untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka bertanding.

"Bukan sahaja Yang Berhormat (Saifuddin Nasution) kecewa, penonton yang datang stadium beramai-ramai tengok perlawanan pun akhirnya kecewa kalau sorakan mereka itu sebenarnya tidak bermakna kerana keputusan telah pun ditetapkan," katanya. 

Beliau berkata dalam usaha membanteras gejala rasuah, FAM telah membentuk Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat dan dianggotai wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Katanya jawatankuasa ini giat menjalankan aktiviti membanteras kegiatan rasuah atau mengatur perlawanan di seluruh negara dengan menggunakan pendekatan 3E – Education, Engagement dan Enforcement. 

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak telah menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup dari bergiat dalam aktiviti bola sepak kepada seorang bekas jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan. 

Manakala empat bekas pemain Piala Presiden Negeri Sembilan turut dikenakan penggantungan setahun dan tujuh pemain lagi dikenakan penggantungan selama lima tahun dalam usaha memerangi gejala rasuah yang kian menular di dalam Liga Piala Presiden Bawah 23 tahun.

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??