Lynas: Kematian Anak Bekas Pekerja ARE Di Perak Atas Sebab Biasa

March 30, 2012   ·   2 Comments

MalaysianInsider_Lynas

DUA media yang kita percaya diupah para pemonopoli pasaran nadir bumi di dunia ini untuk mennghalang pembinaan kilang Lynas yang boleh menjejaskan ekonomi pemonopoli tersebut nampaknya tidak habis-habis menyebarkan pembohongan dengan niat jahat untuk mensabotaj ekonomi negara.

Gagal mengemukakan apa-apa bukti saintifik sehingga kini yang boleh menyokong dakwaan bahawa kilang Lynas di Balok, Pahang itu mencemarkan alam sekitar, Malaysiakini dan Malaysian Insider dengan curang dan jahat cuba mengaitkan kematian anak kepada salah seorang bekas pekerja Asian Rare Earth (ARE) dengan pembinaan Lynas.

Hakikatnya, Lai Kwan, ibu kepada Cheah Kok Leong yang meninggal semalam adalah pekerja pembinaan kilang ARE, bukan pekerja ARE pun.  Kematian anaknya itu pula disebabkan oleh jangkitan bakteria yang serius, bukan kerana kesan sampingan sinaran radioaktif dan sebagainya.

Hanya kerana satu kematian atas sebab yang biasa ini, Malaysiakini dan Malaysia Insider cuba mengelirukan rakyat dengan meracun pemikiran mereka dengan cuba mengaitkannya dengan Lynas.  Tidakkah mereka pernah terfikir, bagaimana pula dengan beratus-ratus bekas pekerja ARE dan anak-anak serta cucu-cucu mereka yang jelas tidak terjejas dengan kilang tersebut?

Lai Kwan sendiri masih hidup sehingga sekarang!!!

Itu belum lagi disebutkan bahawa ARE sangat-sangat berbeza dengan Lynas atas sebab yang sudah banyak kali diterangkan sebelum ini.  Mengulang benda yang sama setiap kali hanya merendahkan minda rakyat Malaysia sahaja.

Berapa banyakkah agaknya wang dari dana luar yang diterima pihak-pihak berkepentingan di negara ini agaknya sehingga benda bohong pun cuba nak ditukar menjadi fakta.

Pelbagai bukti saintifik pakar dari dalam dan luar negara telah membuktikan bahawa Lynas tidak mendatangkan bahaya dari segi sinaran dan radioaktif, tapi si benak Malaysiakini dan Malaysian Insider ini masih lagi menyanyi lagu yang sama tanpa disokong dengan bukti saintifik yang kukuh.

Mempolitik kematian untuk kepentingan tertentu ini memang menjadi ciri-ciri pembangkang, ini bukan rahsia.  Kalau tidak ada yang mati pun depa cuba 'cipta' kematian tersebut agar boleh mencetus kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat.  Bukti itu boleh dilihat dalam demonstrasi Bersih 2.0 Julai tahun lepas, yang hidup dikatakan mati, yang mati sebab sakit jantung dikatakan lemas oleh gas pemedih mata.

Sedangkan tidak ada sebutir pun gas pemedih mata dilepaskan dalam kawasan KLCC dimana kematian tersebut berlaku.

Nampaknya pendekatan seperti ini berterusan sehingga sekarang dalam kes Lynas ini tanpa ada tindakan dari pihak berwajib.  Sampai bilakah agaknya perbuatan mensabotaj ekonomi negara ini akan berterusan?  Hari ini Lynas, besok lusa entah apa lagi.

Sampai satu tahap Malaysia kehabisan bahan berasaskan fosil untuk menjana tenaga dan terpaksa beralih kepada tenaga nuklear, entah apa pula bala yang nak datang.  Yang bukan nuklear macam Lynas ini pun seboleh-boleh nak dikaitkan dengan nuklear juga, yang betul-betul nuklear tak tahulah macam mana.

Keseluruhan episod ini amatlah memualkan penulis, serius.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012