Petani Taman Agroteknoloji Pertanian dihalau keluar!
Sebidang tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya , Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi. Kemudian pada tahun 2000 selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.
Tujuan diwujudkan TKPM adalah seperti berikut
- Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal;
- Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan;
- Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.
- Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang
- Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM
Kerajaan negeri Selangor ketika itu telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya. eramai 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah:
- Penternakan ikan(keli dan talapia)
- Ikan hiasan
- Pemprosesan ikan kering
- Kilang memproses makanan ikan
- Ladang ternakan ayam
- Kebun sayur dan buah-buahan
- Pusat semaian pokok dan bunga
BN sering dituduh kejam, zalim, tindas rakyat dan pelbagai lagi tuduhan-tuduhan jahat lain yang dilemparkan oleh pembangkang. Tetapi sebnarnya lain kerana petani-petani ini semua telah diarah untuk mengosongkan tanah mereka oleh Hartanah Selangor.
Tak tahu apa tujuan mereka. Pastinya ianya adalah atas kehendak PKR dan DAP untuk menindas petani2..
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments