Najib “Anak Derhaka” Atau Shuhaimi Yang Derhaka Pada Tanah Melayu?

March 30, 2012   ·   1 Comments

shuhaimi said

Seorang pemimpin PKR 'muka baru' hari ini membuat kenyataan menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'anak derhaka' dan kononnya anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak itu mengkhianati perjuangan bapanya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

'Muka baru' PKR yang bernama Shuhaimi Said itu mendakwa Najib tidak menitik beratkan soal kebajikan para peneroka dan 'merampas titik peluh' warga Felda dengan menjadikannya modal penyenaraian FGVH. Itu intipati sidang media yang dibuat 'balaci' PKR itu di Bangi sebentar tadi.

Benarkah Najib boleh disifatkan sebagai 'anak derhaka' dalam hal Felda ini? Benarkah Najib tidak mempedulikan soal kebajikan para peneroka di seluruh negara? Dan benarkah penyenaraian FGVH itu menzalimi hasil titik peluh para peneroka? Mari kita kupas satu persatu…

Sebagaimana kita tahu, Allahyarham Tun Abdul Razak ialah 'bapa Felda' dan kini anaknya mengambil alih perjuangan arwah bapanya itu. Saya ingin bertanya, sejak April 2009, siapakah yang bertanggungjawab memberikan segala keistimewaan yang dilihat sangat mewah kepada warga peneroka Felda?

Sejak mengambil alih jawatan PM dari Tun Lah, Najib telah beberapa kali membuat pusingan lengkap keluar masuk ke tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Di dalam setiap lawatannya ke tanah-tanah rancangan Felda itu, beliau tidak pernah lupa membawa "oleh-oleh" untuk para peneroka. Bukan infrastuktur berharga seringgit dua, Najib umumkan ratusan juta peruntukan kerajaan untuk prasarana dan kemudahan bagi memastikan keselesaan hidup para peneroka.

Saya ulang, RATUSAN JUTA RM ditabur untuk prasarana seperti dewan, padang, rumah, tanah, jalanraya, air dan elektrik, sekolah, bangunan-bangunan, kedai-kedai dan sebagainya, hanya untuk warga di Felda.

Bagaimanapula dengan habuan wang tunai yang diberikan menerusi bonus tahunan, wang saguhati, bantuan kewangan, pinjaman tanpa faedah sebanyak RM40,000, duit raya dan sebagainya? Najib begitu pemurah terhadap para peneroka Felda berbanding PM-PM sebelum ini.

 Nak dibandingkan dengan "dewa PKR" Anwar Ibrahim, apa sumbangannya kepada rakyat khususnya warga Felda? Ada dia usaha memajukan Felda? Dia burukkan Malaysia dan Felda, malah Anwar buat huru-hara dan hadiahkan 'China Dolls – Omega' pula..!

Begitu besar sumbangan Najib kepada 'anak-anak buah bapanya' di tanah-tanah rancangan Felda, itu pun masih lagi dikatakan 'anak derhaka'? Apa Shuhaimi "buta kayu" atau apa? Atau Shuhaimi memang nak merasa "kayu" dan dihalau keluar dari Felda seperti Mazlan Aliman? Jangan main-main dengan warga Felda…

Najib kuat berfikir demi masa depan para peneroka Felda. Dari generasi pertama dan hinggalah kini sudah lebih dari generasi ke-empat Felda, semuanya bertumpu kepada penanaman kelapa sawit. Persoalannya, sampai bila warga Felda hanya akan berpuas hati dengan sumber pertanian sahaja?

Takkan sampai bila-bila pun nak biarkan anak, cucu hingga ke cicit para peneroka jadi peladang? Mereka juga berhak untuk mengembangkan sumber pendapatan mereka!

Seperkara yang perlu Shuhaimi tahu, warga Felda di seluruh negara sekarang ini berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang. Bayangkan berapa ramai lagi jumlah warga Felda pada 50 tahun akan datang? Ke mana hala tuju mereka selepas ini?

Nak suruh mereka usahakan tanah di Malaysia lagi? Berapa luas sangatlah Tanah Melayu ini untuk dibahagi-bahagikan kepada jutaan warga Felda? Nak suruh Felda tambak laut macam Lim Guan Eng buat di Pulau Pinang tu? Sesuai ke nak tanam kelapa sawit tepi sumber air masin? Gila ke apa?

Apa yang Najib lakukan sekarang ialah satu transformasi ke arah memajukan lagi Felda ke peringkat global. Lepas ni, Shuhaimi jangan terkejut kalau warga Felda jadi pemilik ladang di Afrika, Eropah atau sekurang-kurangnya di Asia Tenggara. Felda perlu jadi "global player"…

Tapi kalau Shuhaimi nak jadi "katak bawah tempurung" jugak, maka dipersilakan. FGVH tetap akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Derhaka atau tidak, Najiblah adalah jaguh terbilang bagi masyarakat peneroka Felda. Nak bandingkan dengan Anwar, boss Shuhaimi tu apalah sangat…

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012