Tariqat ~ Antara yang hak dan yang batil!


Tariqat itu secara umumnya tidak salah. Tariqah itu adalah satu jalan untuk menambah baik amal ibadat seseorang Muslim untuk menjadi seorang Mukmin yang amat menumpukan perhatian dirinya untuk menghayati erti mengabdikan dirinya terhadap Ilahi. 


Yang membawa seseorang ahli tariqat itu ke jalan salah adalah kecenderungan murid2 tasawwuf yang berubah menjadi terlalu taksub terhadap Mursyid mereka dan melampaui batas2 hormat yang sepatutnya diberikan dari seorang pencari ilmu agama kepada seorang pembimbing!


Mursyid2 Tariqat itu juga turut bertanggungjawab diatas keterlampauan para murid2 tariqat didalam menghormati mereka dengan menokok tambah ketinggian darjat mereka dengan mengada-adakan cerita bahawa amalan murid sesuatu tariqah itu tertakluk kepada tahap ia menjadikan mursyidnya itu sebagai perantara di antara ia dengan Khaliq yaini Allahu Rabbul Alamin.


Disini munculnya persimpangan diantara yang hak dengan yang batil. Berzikir dan menuja serta memuji Allahu Rabbul Alamin adalah sangat sangat dituntut didalam ajaran2 Tauhid kita didalam Agama Islam nan maha suci dan satu satunya agama yang diturunkan kepada kita sejak azali.


Agama Islam! adalah Agama Tauhid yang di ajarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri kepada Bapa Sekelian Umat Manusia iaitu Ayahanda kita semua Sayyidina Adam Alaihis Salam. Didalam Alam Tariqah, segala pengetahuan tentang perkara ini diperincikan oleh para mursyid yang menyandarkan ajaran2 mereka itu kepada hadis hadis sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Kehidupan kita ini sendiri tertakluk kepada hakikat dan makrifat. Di antara apa yang nyata dengan sesuatu yang ghaib dari pandangan mata kasar kita. Kita semua sedang bernafas dan hidup dengan peka terhadap sesuatu rangsangan pada pancaindera dan deria2 yang dianugerahkan Allahu Ta'ala kepada kita semua. 


Segala perasaan dan pemikiran kita berasas kepada ujudnya Ruh kita yang masih terangkum didalam jasad kita ini yang terdiri dari kulit, urat saraf, otot otot dan segala organ2 dalaman yang berhubung kait dan berangkaian sesama sendiri. 


Tanpa ujudnya Ruh kita itu didalam jasad kita, maka tidak akan ada lagi sebarang aktiviti didalam diri kita melainkan segala trillion2 ulat ulat yang ujud didalam jasad kita akan mula aktif memakan segala bahagian anggota tubuh badan kita untuk kembali semula kepada tanah. 


Tempat asal usul jasad kita yang mula mula di ambil secara paksa oleh satu satunya malaikat Allahu Ta'ala yang berjaya melaksanakan tugas yang diperintahkan Rabbul Alamin terhadap para MalaikatNya untuk mengumpul tanah dari segenap pelusuk muka bumi ini untuk diciptakan Nabi Adam Alaihis Salam, Bapa kepada sekelian manusia termasuk Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha, Ibu kepada seluruh manusia kecuali Sa! yyidina Adam Alaihis Salam!


Bab bab tentang kejadian manusia ini tidak di ajar dan di ceritakan kepada anak anak kita disekolah2 hari ini. Ilmu2 sebegini hanya di ajar didalam majlis2 ilmu dan kuliah didalam pergerakan2 tariqat sahaja. 


Maka ilmu duniawi dan ilmu akhirat terasing dan terpisah angkara keputusan2 mereka yang kononnya diamanahkan dengan tugas sebagai pegawai2 agama sesuatu kerajaan.


Hasilnya, lahirlah sebilangan besar manusia yang mengaku Islam tetai tidak terdidik dengan pengetahuan2 spiritual yang memberi makna kepada segala amal ibadah kita seharian.


Ramai dikalangan mereka yang kononnya berjaya didalam bidang akademik hari ini ketandusan pengetahuan asas tentang Agama Islam kita dan tidak ada keyakinan terhadap ajaran2 Islam kerana terpengaruh dengan suntikan jarum2 halus propaganda Barat dan dakyah kuffar yang memperlecehkan Ad Deenullah secara sistematik.


Bilamana sesuatu tariqah itu tersasar dari asas tujuan sebenar ianya di adakan dengan menokok nambah tahap tahap ketinggian maqam seseorang mursyid itu ke tahap yang melampaui batasan2 ajaran Islam kita yang menetapkan batas2 dan sekatan di antara kita sebagai makhluk dan Rabbul Alamin selaku Khaliq kita semua.


Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri adalah asbab akan kenapa Allahu Ta'ala menciptakan segala alam ini? Maqam Rasulullah Sallalahu Alaihi Wass! allam it u sebegitu tinggi sehingga Allahu Ta'ala mensyariatkan supaya kita bersyahadah dengan bersaksikan bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah!


Didalam sukatan2 pelajaran sekolah kebangsaan kita tidak diperincikan perkara yang amat penting ini. Anak2 kita di asuh dan ditarbiah dengan sukatan2 pelajaran sekular dan tidak diperkemaskan pengetahuan asas mereka tentang hakikat pegangan agama kita yang sebenarnya merangkumi diantara perkara2 lahiriyyah dan yang berbentuk kerohanian.


Hasilnya adalah apa yang kita saksikan hari ini. Anak2 Melayu yang kononnya adalah anak2 orang2 Islam adalah yang paling ramai melakukan maksiat walau diperingkat sekolah rendah lagi! 


Ubun2 masih lembik sudah pandai berzina dan melakukan maksiat terkutuk ini didalam bilik2 sekolah mereka sendiri dengan tidak takut terhadap apa apa tindakan para guru dan pentadbiran sekolah masing masing! Siapakah yang bersalah? Tepuk dada tanya selera! Siapakah mereka yang menentukan dasar2 persekolahan anak2 kita? Mereka itulah yang bertanggungjawab!


Tariqah itu tidak salah. Yang salah adalah sebahagian para Mursyid yang mengkhianati suruhan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dengan menaikkan darjah masing masing sehingga ke tahap yang amat tidak munasabah! Setinggi mana pun ilmu pengetahuan masing masing tidak akan sama dengan walau setitik perkiraan lautan ilmu yang dikurniakan Allahu Rabbul Alamin kepada Sayyidul Mursa! lin, Ras ulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Muhammad Al Mustafa, Penghulu sekelian para nabi nabi dan rasul rasul yang di utuskan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk membimbing sekelian manusia kejalan yang diredhaiNya!


Saya sendiri selaku seorang yang mencari erti kepada kehiduan ini pernah berbai'ah berikrar untuk mengEsakan Allahu Ta'ala dan berusaha menghampiriNya melalui beramal dan beribadah mengikut tertib dan peraturan Tariqah Naqsyabandiah pimpinan Maulana Syeikh Nazim Adil Al Qubrusi An Naqsyabandi.


Namun bila saya sedar bahawa ada beberapa perkara yang telah menyimpang dari yang sepatutnya; saya memilih untuk mengundurkan diri dari bersama sama dengan mereka yang melampaui batas!


Mereka terlalu taksub kepada menghormati seseorang mursyid sehingga sanggup membayangkan wajah mursyid berkenaan semasa berdoa berlawanan dengan apa yang saya sudah sedia maklum akan ajaran Islam kita!
Rabitatu-sh-Sharifah! Membayangkan wajah Syaikh @ Mursyid dengan berniat didalam hati dan mengingati ikrar berbai'ah dengannya. Berbai'ah dengan mursyid berkenaan dan membayangkan bahawa mursyid itu berhubung kai! t dengan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan seterusnya berhubung pula dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!


Disini timbulnya keraguan akan perbuatan menaikkan darjah seseorang mursyid itu ke tahap sedemikian rupa dan seterusnya menimbulkan pertuduhan bahawa tariqah itu adalah perkumpulan kultus yang mendewakan pemimpin mereka!


Tidak ada ruang didalam ajaran Islam kita untuk mengadakan seseorang pengantara didalam berdoa atau bermunajat kepada Allahu Ta'ala! Nabi Muhammad sendiri melarang kita melampaui batas didalam menghormati dirinya seperti hadis yang di riwayatkan dari Umar bin Al-Khattab bahawa Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji 'Isa putera Maryam. Aku hanyalah hambaNya, maka katakanlah: 'Abdullaah wa Rasuuluhu (hamba Allah dan RasulNya.)" (HR. Bukhari, at-Termizi, Ahmad, ad-Darimi).


Itu adalah larangan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam kepada kita untuk terlampau lampau didalam memuji dan mengagungkannya!


Siapakah mursyid2 ini untuk menyamatarafkan diri mereka atau megaku mewakili Muhammad al Mustafa, Khataman Nabiyyi Sayyidul Mursalin?


Anas bin Malik berkata: "Sebahagian orang berkata kepada beliau, 'Wahai Rasulullah, wahai orang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di antara kami! Wahai sayyid kami dan putera sayyid kami!' 


Maka seketika itu juga Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Wahai manusia, ucapkanlah dengan yang biasa (wajar) kalian ucapkan! Jangan kalian terbujuk oleh syaitan, aku adalah Muhammad, hamba Allah dan RasulNya. Aku tidak suka kalian mengangkatku (menyanjung) di atas (melebihi) kedudukan yang telah Allah berikan kepadaku." (HR. Ahmad, an-Nasa'i).


Itu adalah larangan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari mengangkat dirinya sebegitu tinggi dan lebih redha dengan mengaku dirinya sebagai seorang hamba Allah yang juga Rasul Allah.


Ajaran didalam Tariqah untuk mengamalkan 'Rabitatu-sy-Syarifah' iaitu membayangkan wajah mursyid semasa berdoa atau bertawassul kepada Allah jelas berlawanan dengan sikap Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam untuk tidak melampaui batas didalam menyanjungi seseorang!


Apa sahaja alasan pihak mursyid untuk melayakkan diri mereka untuk menjadi wakil atau perantara di antara seorang murid dengan Allahu Ta'ala tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja Muslim atau Mukmin yang masih waras dan mempunyai pertimbangan yang rasional didalam kehidupan kita sebagai hamba Allah.


Tariqah itu boleh diperbaiki dengan cara memastikan tidak ada kesasaran dari Sunna! h Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam. Menjaga supaya murid dan mursyid sama sama mengawasi tertib pembelajaran ilmu tidak berubah menjadi kultus pemujaan atau perkumpulan ajaran sesat!


Hendak seribu daya ; tak hendak tak upaya!


Hanya ego sahaja yang menghalang perubahan yang saya dan begitu ramai pencari erti kerohanian Islami ini teringin sangat untuk menyaksikan didalam sesuatu pergerakan tariqah itu! 


Tidak bermakna bagi kita untuk mengaku diri sebagai seorang ahli tasawwuf atau murid tariqah sekiranya ego kita itu tidak mampu kita tundukkan dengan beramal ibadah selaku seorang ahli sufi?


Menundukkan rasa takbur adalah matlamat seseorang didalam mahu mengikuti sesuatu pergerakan atau perkumpulan sufi. Jika seorang ahli tariqat  sebaliknya berubah menjadi sombong dan bongkak dengan penambahan pengetahuan ilmu agamanya maka usahanya untuk mengubah dirinya hanya sia sia. 
Tariqat itu hendaklah menjadi medan mengubah sang pencari ilmu menjadi seorang yang lebih tawadhuk dan merendah diri walaupun telah mendalami ilmu2 kerohanian Islam.


Antara yang hak dan yang batil! Tariqat sepatutnya menjadi! tangga bagi kita untuk meningkatkan tahap pengetahuan kita tentang aspek kerohanian agama Islam  dan membuka hijab `ilm tentang perkara2 yang jarang  diterangkan secara umum.


Tak gitu???
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012