Skandal RM445 Juta : Anwar, Taikun Quek & Warlord Kroni


Berbekalkan dokumen-dokumen kes saman Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance) dengan Low Thiam Hoe dan kes saman balas oleh Thiam Hoe terhadap Hong Leong, LHG Capital Markets Sdn Bhd dan Seow Lun Hoo, blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) membongkar satu lagi operasi gelap yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama taikun Tan Sri Quek Leng Chan.

Kes saman yang membabitkan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur.

Dalam perkara 4, salah satu dokumen yang dimuat turun oleh RPK di lamannya, malaysia-today.net antara lainnya menyebut, "Dua defenden adalah Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah mewakili Arus Murni Sdn Bhd yang secara prinsipnya mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan) dan Tan Sri Quek Leng Chan (Pengerusi Eksekutif Hong Leong Finance)"

"Pada tahun 1993, ketika Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas menyingkirkan Ghafar Baba ramai berpendapat inilah salah satu pemilihan UMNO yang paling terkotor. Sesetengah berpendapat sebanyak RM200 juta telah dibelanjakan untuk menggulingkan Ghaffar – permulaan 'politik wang' yang menjadi barah dalam UMNO, 'budaya hitam' yang UMNO terpaksa bergelut sampai sekarang.

"Walau bagiamanapun, apa sahaja angka, ia adalah dalam angka beratus-ratus juta. Namun, ramai yang tidak tahu, dan topik utama perdebatan : Dari mana Anwar mendapatkan sumber kewangan tersebut ?", kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, bertajuk "Episode 23 : The Anwar Ibrahim-Quek Leng Chan Saga".

RPK mendedahkan sebagai Menteri Kewangan, Anwar dikelilingi taikon-taikon Cina yang saling bersaing an! tara sat u sama lain, antaranya Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yiou, Tan Sri Dato Khoo Kay Peng dan Tan Sri Quek Leng Chan.

Khoo Kay Peng adalah pemilik Kwong Lee Bank Berhad yang kemudiannya ditukar nama kepada Malayan United Bank Berhad (MUI Bank).

"Pada mulanya, seorang taikon perniagaan Cina, Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun, melalui Berjaya Corporation, telah membuat tawaran untuk membeli bank itu (MUI Bank). Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Khoo Kay Peng tidak berminat untuk menjual banknya tetapi ditekan untuk berbuat demikian.

"Bisik-bisik politik menyebut pada masa itu Vincent Tan telah diberitahu supaya 'berundur sebab Anwar mahukan bank itu'. Sebagai hamba yang taat, Vincent Tan berundur untuk memberi ruang kepada Quek Leng Chan mengambil alih bank itu.

"Tetapi Vincent Tan tidak berundur dengan tangan kosong. Sebagai pampasan, beliau telah dibenarkan menjalankan 'cabutan bertuah' Sports Toto, projek kroni Anwar yang juga rakan tenisnya, S. Nallakaruppan. Cabutan bertuah Sports Toto adalah pendapatan lumayan aliran wang tunai yang mencukupi untuk menampung 'dana pemilihan' UMNO. Dikatakan bahawa inilah permulaan hubungan antara Anwar dan Nalla, aliran tunai cabutan bertuah (Sports Toto)", kata RPK.

Menurutnya, pada 24 Mac 1997, satu pinjaman bersindiket berjumlah RM420 juta telah diperolehi di bawah lapan orang penama, yang kesemuanya bertindak sebagai 'calon' untuk orang-orang tertentu – RM420 juta adalah jumlah pinjaman asal dengan tambahan RM25 juta yang diberikan kepada Faiz Abdullah untuk menampung faedah tertunggak.

Pemberi pinjaman sindiket tersebut adalah Hong Leong Finance, Sime Bank Berhad, BSN Commercial Bank (Malaysia) Berhad dan DCB Bank Berhad.

Manakala pemudahcara pinjaman tersebut adalah Hong Leong Finance Berhad dan HLG Capital Markets Sdn Bhd.

Tujuan pinjaman adalah untuk membeli saham-saham Inchcape Timuran dan Kewangan Bersatu Berhad (KBB) atau Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB)

KBB di! miliki o leh Ishak Ismail, kroni Anwar yang mengawal Idris Hydraulic dan Bendahari Umno Pulau Pinang di mana ketika itu Anwar merupakan pengerusi UMNO negeri itu.

"Wang RM420 juta telah diluluskanr tetapi pengambilalihan KBB tidak pernah berlaku. Jadi apa yang berlaku kepada wang tersebut ? ", soal RPK.

Menurutnya, Anwar yang bercita-cita mahu menumbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyingkirkan Ghaffar Baba terlebih dahulu, jika belanja RM200 juta untuk menumbangkan Ghaffar, maka kos yang lebih besar perlu diperolehi untuk menumbangkan Dr Mahathir.

Kata RPK, hanya dengan 'wang rakyat' dan kroni-kroninya merupakan jalan terbaik Anwar menumbangkan Dr Mahathir, maka tidak hairan, Anwar memperkayakan kroni-kroninya termasuk Tong Kooi Ong, Chan Ah Chye, TK Lim, Kamaruddin Jaafar, Ishak Ismail dan lain-lain.

"Seorang individu yang bertaruh besar bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas menyingkirkan Dr Mahathir adalah Quek Leng Chan. Individu yang sama yang mendapat kedudukan di bank di bawah pemerhatian Anwar.

"Ketika Anwar dan Quek melaksanakan perancangan operasi mereka, pelaksana sebenar diberikan kepada Nazri Abdullah, panglima (warlord) Anwar yang sekarang ini menetap di London (dan salah satu keuntungan RM600 juta daripada MBO Media) dan Seow Lun Hoo adalah panglima Quek.

"Rundingan dengan Inchcape Timuran diuruskan oleh Seow bersama Faiz Abdullah, kroni Anwar dan peguam yang juga bertindak sebagai penulis ucapan Anwar sama seperti Dr Munawar Anees, individu yang kemudiannya dipenjarakan selama enam bulan kerana membenarkan Anwar meliwatnya", katanya.

Baca lagi...
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012