Y.A.M. Raja Ashman Shah, Raja Kechil Sulong Perak mangkat awal pagi ini!

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un!


Al-Fatihah! 



Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Raja Kechil Sulong Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan telah mangkat pada jam 1.30 awal pagi ini di kediaman Almarhum 


Almarhum Raja Ashman Shah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada jam 1.30 pagi tadi. Hari Jumaat 7 Jamadil Awal 1433 bersamaan 30hb Mac 2012 Masehi.


Janazah baginda telah dibawa ke Kuala Kangsar pada jam 6.30pagi tadi dari kediaman Almarhum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 


Almarhum diberitakan mangkat akibat penyakit asma yang dideritai baginda.


Almarhum telah diputerakan pada 28hb Disember 1958 dan di-isytihar! kan seba gai Raja Kechil Bongsu Perak pada tanggal 11hb Mei 1987.


Almarhum seorang putera raja berperibadi mulia dan amat dihormati dan disenangi rakan dan taulan diatas kebaikan hati baginda didalam pergaulan dengan semua peringkat masyarakat. 
Almarhum seorang yang cukup warak semasa hayat baginda dan memegang jawatan sebagai Khalifah Tariqat Nasyabandi bagi rantau Asia ini dibawah pimpinan Syeikh Nazim Al Qubrusi An Naqsyabandi.


Almarhum Raja Ashman berserban putih dihadapan foto ini.
Saya pernah menulis disalah satu blog saya disini bahawa jika para Sultan2 dan Raja Melayu ingin mengujudkan semula Kesultanan Melayu Melaka, maka calon Sultan Melaka yang paling sesuai untuk ditabalkan sedemikian rupa tidak lain dari Almarhum Raja Ashman diatas ketokohan baginda yang bebas dari sebarang salahlaku semasa hayat baginda.
Jarang ada putera raja yang berperibadi semulia Almarhum Raja Ashman Shah. Almarhum baginda tidak sombong dan sentiasa mudah mesra menguntumkan senyuman pada sesiapa sahaja hamba rakyat yang menegur baginda. Seorang insan yang berhati mulia dan mudah untuk didampingi.


Semasa saya bersama dengan murid2 setariqat dahulu di Zawiyah Pulau Pinang, saya selalu bertemu dan berbual mesra dengan Almarhum baginda Raja Ashman Shah yang sudi hadir berzikir bersama sama kami disana.


Almarhum baginda tidak kekok untuk berpeluk 'Arab' dengan kami dan kenangan2 bersama baginda tak akan saya lupa sampai mati. Sahabat saya sudah tiada. 


Terasa sedih sekali tidak dapat saya ke Makam Di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak hari ini kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.


Hanya linangan airmata sahabat baginda ini yang mengiringi doa untuk Almarhum yang mampu sifakir ini hadiahkan kepada baginda.



Semoga Allahu Ta'ala akan menempatkan ruh Almarhum bersama sama dengan mereka yang Allah Redhai dan dihadiahkan kepada Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah tempat baginda di Jannatul Firdaus bersama para anbiya iwal mursalin.


Amin Ya Rahman! Amin Ya Rahim.


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...