KPF dan Kakitangan Felda Pro-Pembangkang Sengaja Suruh Peneroka Marah Felda – Kerajaan BN?

March 29, 2012   ·   11 Comments

fELDA

Baru-baru ini, beberapa peneroka Felda di Rokan Utara, Negeri Sembilan, menemui pemimpin PKR untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan Felda.

Khabarnya mereka mahu menyaman Felda ekoran seolah-olah membiarkan mereka berhutang sehingga mencecah RM150,000 kepada syarikat itu ekoran kegagalan penanaman semula yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor terpilih.

Sebelum ini juga, gejala saman-menyaman Felda semakin kerap berlaku sedangkan perkara tersebut jarang-jarang sekali timbul sebelum ini. Persoalannya, mengapa Felda kini kerap di saman peneroka? Dan apa pula kaitannya dengan pembangkang?

Ketika proses penanaman semula, para peneroka menerima RM1,000 setiap bulan pada tahun pertama, RM1,200 sebulan pada tahun kedua dan RM1,500 bagi tahun ketiga dan seterusnya dari Felda sebagai sara hidup sementara menunggu tanaman matang untuk dituai.

Wang ini dikira sebagai hutang sebelum tanaman baru mendatangkan hasil kemudiaannya dan wang inilah hutang yang ditimbulkan para peneroka di Rokan Utara itu.

Mereka mendakwa, Felda "sengaja" membebankan hutang tersebut dengan tidak mempedulikan ladang mereka yang semakin ditimbuni semak dan samun. Ada juga tanaman yang tidak menjadi dan menyebabkan mereka tidak mampu membayar semula hutang tersebut kepada Felda.

Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku?

Sebenarnya, kontrak penanaman semula selalunya diberikan kepada anak syarikat Koperasi Permodalan Felda (KPF), iaitu KPF Sheeco. KPF diterajui oleh DZ yang bantah cadangan Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada Tan Sri Isa Samad untuk mengetuai KPF. DZ juga tak suka dengan idea penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Menurut sumber kukuh yang saya peroleh dari Felda Rokan Utara, terdapat unsur-unsur sabotaj kuat dari pihak "di atas". Maksud "di atas" tersebut ialah pihak pengurusan dalaman Felda sendiri yang seolah-olah mahu peneroka membenci Felda.

Sumber mendakwa, KPF Sheeco "sengaja" melambat-lambatkan tanaman semula tersebut dan menyerahkan sub-kontrak menjaga kawasan ladang kepada kontraktor luar yang tidak berkebolehan. Hasil tangan KPF Sheeco tersebut, maka ladang kelapa sawit mereka terbiar dan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Sedangkan katanya, ramai lagi peneroka yang mampu jaga kawasan ladang berbanding sub-kontraktor lantikan KPF Sheeco. Kontrak tersebut juga boleh diserahkan kepada generasi kedua Felda yang boleh menguruskan ladang dengan bantuan Felda.

Menurut sumber lagi, mereka pernah membawa masalah ini ke pihak pengurusan Felda sebelum ini. Namun masalah mereka tidak dilayan dan kalau dilayan pun, ia akan dilambat-lambatkan. Untuk rekod, DZ juga merupakan Pengurus Besar Felda dan ramai kakiktangan dibawahnya yang dikatakan adalah pro-pembangkang.

Justeru, sumber saya itu yakin bahawa ada unsur-unsur sabotaj dari pengurusan tertinggi Felda yang cuba menimbulkan api kemarahan para peneroka terhadap Felda itu sendiri. Mereka mahu peneroka marah dan saman Felda sebanyak mungkin…

Sebenarnya, itulah salah satu intipati transformasi yang mahu dilakukan PM di Felda. Melalui penyenaraian FGVH nanti, Lembaga Felda hanya akan menguruskan tentang hal kebajikan para peneroka sahaja dan dapat memberikan fokus lebih terhadap kesejahteraan warga Felda di seluruh negara.

Mengenai cara untuk mencari pendapatan, perniagaan dan pengoperasian, FGVH akan mengambil alih peranan tersebut di mana dengan nilai pelaburan yang dijangka mencecah RM6 bilion, hasil pulangannya bakal memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka Felda dan Felda itu sendiri.

Pada pandangan saya, pihak pengurusan Felda yang dikenal pasti perlu ditukar sepenuhnya ke bahagian lain, termasuk yang berjawatan paling atas sekali. Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru wajar diberi mandat untuk melakukan transformasi Felda dengan berkesan.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...