MB Kedah Bakal Terajang Keluar Kesemua Anwarinas!

Ostad Zizan MB Kedah seakan sudah memberi insyarat kepada kesemua Anwarinas di Kedah agar tak usah berangan angan untuk kembali menjadi calon PRU13.

Kalangan yang cuba menjatuhkan beliau daripada menjadi Menteri Besar akan menerima pembalasan.Anwarinas yang sebelum ini mendesak agar Ostad Zizan letak jawatan hingga menyebabkan camput tangan daripada Anwarinas PAS Pusat dengan harapan agar PRU 13 nanti kesemua calon PRU adalah daripada yang pro kepada Anwar sahaja.

Kesemua ini berjaya dipatahkan dan sekarang giliran Ostad Zizan menunjukkan siapa yang paling berkuasa di Kedah.

Calon yang menang, belum tentu boleh bertanding lagi.. - Azizan Razak

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak membayangkan kemungkinan ada calon yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu tidak dipilih bertanding dalam PRU ke-13.

Beliau berkata nama calon boleh menang telah disenarai oleh PAS Kedah dan dikemukakan kepada Majlis Syura PAS Pusat untuk tapisan serta penentuan mereka yang paling layak dipilih bertanding.

"Saya tidak boleh jamin mereka yang menang dulu dipilih lagi... mungkin ada muka baru dicalonkan kali ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman kelmarin.

Katanya, Majlis Syura akan membuat tapisan daripada pelbagai aspek khususnya moral, integriti, kematangan serta keupayaan calon bagi memastikan mereka adalah calon boleh menang, dan PAS Kedah hanya boleh memberi pandangan.

Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkata beliau tidak mengetahui spekulasi bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa akan bertanding di Kedah pada PRU kali ini.

"...kita dalam PAS tak ada masalah. Sesiapa saja yang dicalonkan boleh bertanding di mana sahaja," katanya.

Beliau berkata pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah diselesaikan mengikut formula PRU 2008, kecuali sedikit masalah membabitkan DAP dan PKR.

Azizan berkata PAS akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala DAP, yang diberi satu kerusi pada 2008, meminta tambahan empat kerusi daripada 11 yang diperuntukkan kepada PKR.

"Saya tidak akan campurtangan masalah mereka kerana masalah ini akan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya.

Mengenai Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat bagi memantau pentadbiran kerajaan pimpinannya, beliau berkata beberapa pertemuan diadakan dan perbincangan hanya menyentuh isu pentadbiran, program pembangunan, halangan serta pencapaian PAS Kedah menunaikan janji dalam manifesto PRU ke-12. - Bernama 
 Pisau kata " ni baru kata tunjuk kuasa..."
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...