Azizan mula buka silat


Utusan Malaysia semalam Mac 27hb melaporkan Pas Kedah tidak akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik parti itu walaupun DAP tetap berkeras menuntut tambahan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, ini kerana pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Pas telah lama selesai dan hanya tinggal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

The Star
pula melaporkan Kedah DAP tidak menolak kemungkinan berlaku pertanding tiga penjuru jika tuntutan kerusi DAP tidak dipenuhi. Pengerusi DAP berkata DAP mahukan 4 kerusi DUN termasuk Kota Darulaman dan Derga yang ditandingi di PRU12.

Tuntutan DAP itu telah ditegur oleh Dato Rashid Din PKR. Pastinya dengan DAP begitu besar kepala, belum tahu ianya berakhir begitu saja. Baca The Mole sini.

Hari ini pula, Azizan membayangkan kemungkinan ada calon yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)ke-12 tidak dipilih bertanding pada PRU ke-13.

Beliau berkata nama calon boleh menang telah disenarai oleh PAS Kedah dan dikemukakan kepada Majlis Syura PAS Pusat untuk tapisan serta penentuan mereka yang paling layak dipilih bertanding.

"Saya tidak boleh jamin mereka yang menang dulu dipilih lagi... mungkin ada muka baru dicalonkan kali ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, Majlis Syura akan membuat tapisan daripada pelbagai aspek khususnya moral, integriti, kematangan serta keupayaan calon bagi memastikan mereka adalah calon boleh menang, dan PAS Kedah hanya boleh memberi pandangan.

Baca sepenuhnya di Semut Hitam sini

Adakah Mat Sabu dan Mahfuz Omar memenuhi kriteria di atas! ? Bagaim ana pula Pakrolrazi dan Ismail, dua exco yang menderhaka? Adakah Nasharuddin akan dibawa pulang dari Bachok?

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...