VIDEO HOT : HARAKAH KANTOIKAN CUBAAN MENIPU NIK AZIZ??


Tu dia...sampai macam tu sekali Harakah nak bohong rakyat..siap kata nak buat kenduri besar-besaran lagi..kononnya bersyukur kerana masalah dalaman PAS diantara Mustafa Ali, Mahfuz, Khalid Pasberg  Dr Rani dan Hasan Ali telah selesai setelah Hasan Ali dikatakan mengaku kesalahannya dan meminta maaf diatas kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Memang patut la ada pemimpin PAS merungut pada Harakah sebelum ini kerana Harakah dikatakan sudah lari daripada matlamat asalnya. Harakah sudah tidak seperti dulu lagi iaitu melaporkan berita yang benar dan tepat pada pembacanya selaku akhbar dan portal rasmi PAS tetapi Harakah kini sudah menjadi seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider iaitu memutarbelit berita yang dilaporkan kepada pembacanya..
Jadi tidak hairanlah mengapa jualan akhbar Harakah jatuh dengan teruknya sejak akhir-akhir ini kerana bukan saja rakyat malah ahli PAS sendiri dah meluat nak baca Harakah...
Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.
Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.
"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik! oleh ke banyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.
"Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," katanya.
Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini – mstar

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen