GEMPAR : NURUL IZZAH TERPAKSA NAFI SKANDALNYA BAGI MEMASTIKAN KERIER POLITIKNYA SELAMAT..?


Sudah pasti Nurul Izzah akan menafikan perkara ini kerana percubaan Nurul Izzah memujuk Zaid ibrahim untuk menyertai semula PKR dan dijanjikan Kerusi Parlimen PJ Selatan kepadanya sebenarnya sulit dan merupakan agenda peribadi Nurul Izzah untuk membunuh kerier politik Azmin Ali.

Surat layang beracun ini disebarkan oleh individu tertentu bertujuan untuk memberitahu pada ahli-ahli dan juga memberi amaran pada Nurul Izzah supaya hentikan niatnya untuk membawa masuk kembali Zaid Ibrahim kedalam PKR. Kemungkinan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan ini tidak dapat digunakan kerana kuasa veto yang dipunyai oleh keluarga Anwar Ibrahim untuk menentukan halatuju PKR.

Agak pelik bila Nurul Izzah hanya buat kenyataan yang sangat ringkas untuk menafikan perkara ini tanpa menyatakan sebarang penyelesaian atau menjalankan sebarang siasatan untuk mencari siapa yang menjadi dalang di sebalik penyebaran surat layang beracun tersebut.. sebaliknya Nurul Izzah cuba mengalih perhatin rakyat ke agenda lain..Adakah Nurul Izzah takut untuk mengamb! il tinda kan ke atas Raja Petra yang menyebarkan surat layang beracun tersebut kepada umum di portal miliknya.

Adakah Azmin Ali akan berdiam diri dan merelakan perkara ini berlaku didepan matanya...Apakah tindakan Azmin ali seterusnya bagi memastikan rancangan jahat Nurul Izzah gagal?? Tunggu apa kesudahannya...


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan kandungan satu surat layang beracun yang sedang tersebar dalam internet sekarang. "Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.



Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula. Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu. Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).

"Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka," kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.

Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu. "Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen